JellyPages.com

Saturday, December 31, 2011

selamat datang 2012


ASSALAMUALAIKUM...


rasa macam dah lama tak jenguk blog mummy ni..sibuk...minggu depan sekolah nak bukak,mmg keje mummy banyak sgtlah...aisy anak teruna mummy plak batuk dan harini selsema plak ...lagilah masa mummy nak berblog tak dapat..nipun mummy curi masa MR KAMPUT tengok bola ngan AISY dapatlah mummy luangkan masa kat blogni..oh ya!!apa aktiviti harini yer...komfem muda-mudi,bujang dok melepak sambil tgu detik pukul 12.00 nantikan..almaklumlah lagi beberapa saatjer lagi tahun 2012 nak menjelma...kalo orang yang bekeluarga mcam mummy ni ddk umah jelah,anak teruna pun kecik lagi...nak bawak tengok bunga api takde nya dia fahamkan..-yang dia tau masa sepatutnya untuk dia tidur jer....

kalo masuk tahun baru tak bermakna kalo tak cite pasal azamkan...mummyni rasanya setiap tahun berazam tapi 1 pun takde terlaksana...azam tahun 2012 ni komfemlah mummy nak kuruskan..perempuan gumuk mcm mummy mesti nak kembali slim macam dulu..48 kg target..hahhaa...siap boleh harini cakap ngan diri sendiri,harini je makan puas2...besok tahun baru makan kena control...ades!!tak poyo sangatker bunyinyer..komfem nak muntah hijaukan dengar azam mummyni..kalo depan adik-adik mummy yang slim melim siap cakap azam tahun 2012 nak gumuk..memang bagusnya cover linelah mummy..sebab sedihkan tengok semua adik-adik kurus..hehehe..dasar jelouslah tu...tak malu betulkan!!!

kalo tanya MR KAMPUT tentang azam dia plak.....ni jawapan dia..
.
...
.
.
mummy: apa azam sayang tahun 2012..

mr kamput: malulah nak bagi tahu..

mummy : persal plak nak malu,ala..bagi taulah..

mr kamput : ada 3 azam orang...

mummy : banyaknya,apa dia??

mr kamput : nak jadi jutawan,nak bagi aisy adik & nak kurus...

mummy : azam yang no 2 tu awal-awal mummy tak setuju..hahhaha..yang no 3 tu mane bleh tiru azam mummy..tu azam mummy 2012 tau


nampak sangat laki bini dah gumuk..boleh plak azam 2012 sama-sama nak kurus..hahhaha....azam mr kamput yang no 2 tu kena pikir banyak kali tu...tih..tih..tih....


yang paling penting doa mummy 2012 ni beri banyak sinar,rezeki dalam hidup mummy sekeluarga...doa mummy jugak mr kamput,mummy & aisy beroleh klesihatan yang terbaik...amin...SELAMAT TAHUN BARU 2012...jom tengok bunga api dari tingkap rumah jer..

sekian...





Thursday, December 29, 2011

SUSHI!!

ASSALAMUALAIKUM..

harini berkesempatan nak buat sushi...ni kali yang ke 2 mummy try buat sushi..alhamdulilah menjadi..tapi mummy ubah suai sushini menjadi ala-ala MALAYSIA punya..sungguh derhaka mummykan...tapi namapun nak kena bagi MR KAMPUT rasa,kritik sushi mummy tu...juri tetap mummy tu kan tekak org melayu...so,kenalah jadikan sushi ala-ala melayu gitu..yang penting rasanya power....semua suka tau!!!eleh nak kembang sendirilah tu tak malu betulkan...aisy pleseeee jgn ikut perangai huduh mummy ye son...nak tengok sushi buatan mummy jom.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
BAHAN-BAHAN
1.BERAS SUSHI
2.seaweed
3.tikar untuk buat sushi
4.TUNA
5.MIX VEGE
7. mayonnaise
8.gula
9.garam
10.cuka
12.container segi empat



CARA-CARA MASAK

  1. .basuhlah beras tu dulu..sama je macam masak nasi..jangan tak basuh pulak ok..then,masak je beras tu macam masak beras biasa..
  2. Dah masak nasi tu,campurkan gula,garam dan cuka sesedap rasa..korang rasa sendiri nasi tu sedap ke tak..jangan tawar sangat.asal ada rasa,ok la tu maknanya..
  3. PREPARE TIKAR SUSHI,letakkan mayonis di ats seaweed dan barulah letak nasi.
  4. Lepas letak nasi,sapukan lagi mayyonis kat atas nasi tu..bagi siapa yang tak suka mayonnis,tak pyh letak
  5. Sekarang boleh letak apa saja korang nak letas atas nasi ni..(bahan inti)
  6. now boleh start part menggulung sushi..gulung bersama-sama tikar tu untuk mendapatkan hasil yang cantik.
  7. simpan sekejp di peti sejuk sebelum dipotong


Wednesday, December 21, 2011

puding marble..

ASSALAMUALaIKUM...


harini masih mood buat puding lagi...tapi berlainan sikit sebab ni mummy yang teringin lama nak buat..baru hr ni berkesempatan..puding marble..sedap..sejuk je bila makan lalu kat tekak..mmg sesuailah bagi org yang sakit tekak kalo makankan...sedap rasa lemak-lemak gitu,bagi pencinta coklat yang crazy mcm mummy memang akan rasa satu kenikmatan kalo makan puding ni..apa lagi jom kita tengok puding marble mummy ni..
.
.
.
.
.
.
..
.
puding yang belum di potong
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang ni versi dah bersedia utk dimamam..




BAHAN-BAHAN

  • 2 gelas air
  • 4 KEPING ROTI GARDENIA
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)(kite guna 12gm)
  • 2 gelas susu segar @SUSU CAIR)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin @ BUTTER
  • 1 sudu besar serbuk koko (bancuh ngan sedikit air suam)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla




CARA-CARA MASAK
  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. sementara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. koyakkan kecil roti.Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau.masukkan roti yang dikoyak kecik tadi. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

KOTOR

ASSALAMUALaIKUM..


selamat pagi semua..semalam tok abah aisy datang ke shahalam...harini mummy bawaklah tok abah jalan-jalan cari sarapan di bawah umah mama yanie aisy ni...almaklumlah tok abah ni dah biasa bekeje ddk terkurung dalam rumah memang tak de istilah dlm hidup diapun..kalo di biarkan sorang2 ke kedai,mmg pjglah langkahnya..jadi mummy temankan tok abah mengeteh di kedai mamak..masa nak blik ke rumah smbil jalan mummy ngan tok abah pun bersembanglah.




tok abah:  ish!!tengoklah kuala lumpur ni kotor..(shahalam tp tok abah still pggl kuala lumpur)


mummy: kalo ujan lebat sini air kdg2 naik yelah longkangnya kotor.


tok abah : geli abah tengok,longkang dah macam tmpt buang sampah..apalah nak jadi..busuk betul..


mummy: diorg buang smpah meratalah abah,bkn mcm kat kmpg ade org jaga.


tok abah :tulah org kat sini undi lagi pembangkang...mcm nilah jadinya..kalo undi kerajaan takde kotor mcmni senang dapat penyakit kalo gini rupanya..kotor betul


mummy: yelah kot!!!(SAMBIL SENYUM)


 ades!! tok abah mmg semangat cintakan negara sgt2 membara dari dulu..mmg anti betul ngan pembangkang kerajaan..tapikan yang mummy heran ape kena mengena longkang kotor dengan undi pembangkang ye.hahahhaa




sekian..











Sunday, December 18, 2011

BREAD PUDING APPLE with toping kastad COKLAT SOS..

NI plak mummy buat BREAD PUDING apple,sekali sekala berkumpul makan sedap-sedap mmg syok..lagipun masanilah hari untuk menggemukkan badan adik-adik mummy yang slim melim tu..tak adillah kalo mummy jer yang gedempolkan..hahahaha...baguskan mummy..bijak tak???mmg agenda mummy menjadi sebab pudingtu licin tak bersisa lgsg...lepas ni sila timbang berat badan kamu semua ye!!!terutama mummy sendiri..padan muka makin gedempol!!

resipi mummy dapat dari MUMMY RIO QAISER lagi...memang sedap tau cuma mummy tukar & ubah suai sedikit ikut selera tekak mummy...sungguh derhakakan....resipi asal kena kukus +takde sos coklat..mummy tambah coklat dan mummy bakar puding ni..apalagi jom try+test+buat yer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
fresh dari oven...


.
.
.
.
.
mummy & babah punya...
.
.
.
.

.
.
.
with topping.
.
.



.
.
.
licin....ni je yg tgl utk papa iqbai aisy




BAHAN-BAHAN PUDING

4 KEPING ROTI GARDENIA
BUTTER
3 BIJI TELUR
2 SUDU GULA
SUSU SEGAR/SUSU CAIR
TEPUNG KASTAD
ESEN VANILA(MUMMY TAMBAH)


CARA-CARA MASAK PUDING

  1.  sapu mentega pada permukaan roti
  2. potong roti dan susun dalam acuan ikut suka ati (permukaan bermentega mengadap ke atas.)
  3. pukul 3 biji telur dengan 2 sudu gula sampai sebati.
  4. didihkan susu segar tapi jgn smpai menggelegak.
  5. tuang susu segar panas td dlm mangkuk telur dan gula tadi, kacau.
  6. masuk tepung kastard 1 sudu dan kacau lagi sampai tepung kastard larut.
  7.  Masukkan sebatian tadi ke dalam acuan berisi roti dan biar 15 min sehingga roti betul2 kembang.
  8.  kukus selama 20 mins. tp tgk la, klw dh masak angkat je. (MUMMY BAKAR



BAHAN-BAHAN TOPPING

Gula pasir dan epal hijau di cincang dadu.

cara2:

1) larutkan gula dengan sedikit air atas kuali.

2) masukkan epal dadu td dan gaulkan sehingga pekat.

3) tabur atas puding roti tadi dan masukkan dlm peti ais. lagi lama, lg sedap.

(MUMMYTAMBAH SOS COKLAT)


*BELUM SEMPAT NAK MASUK PETI AIS DAH LICIN..


NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL

salam hari minggu sekalian...masak aper harini?harini memang aktiviti mummy celik je mata dari tidor terus ke dapur untuk masak..semua adik beradik mummy berkumpul dirumah harini..bukan senang kami nak berkumpul ramai2 di shahalam ni....disebabkan ada TOK MAK aisylah,so ramai-ramai ddk berkumpul dirumah..disebabkan dah ramai-ramai di rumah harini mummy masak special sikit...NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL+BREAD APPLE PUDING DGN TOPPING KASTAD N COKLAT+ dan PUDING ROTI PELANGI NATA DE COCO..(buat sbb mama yanie aisy tak leh mkn telur)jom jenguk dapur mummy harini ye!!!sedap....lebih2 selera makan ramaikan..yang tak syok nya sian tok abah aisy tak dapat join...yelah tok abah jadi bujangan di kampung...jom layann..
.
.
.
.
.
.
.
.
..

..


.( nasi keju mummy amik resipi  kat blog yang mummy amat kagum hasil air tangan nya MASAM MANIS mintak izin c&P ye kak ita)


NASI KEJU
600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam 
Rempah tumis 4 sekawan
*mummy gantikan rempah 4 sekawan dgn rempah sup bunjut,bukak ikatan sup bunjut tu dan tumis bahan2 dalam sup tu..


CARA MASAKCairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam

*mmg terbaek..insyaallah akan jadi menu wajib hari raya tahun depan.



AYAM MASAK HIJAU
1 EKOR ayam
bawang besar*
bawang putih*
halia*
cili padi hijau*
cili besar hijau*
santan
serai
gula
garam.
kulit kayu manis
bunga lawang & cengkih
ASAM KEPING

BAHAN BERTANDA * DI BLEND


CARA MASAK
  1. PANASKAN MINYAK,TUMIS KULIT KAYU MANIS,CENGKIH & BUNGA LAWANG SAMPAI NAIK BAU
  2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR DAN KACAU SEBATI..BIAR SMPAI NAIK BAU
  3. MASUKKAN AYAM DAN KACAU..BIAR AIR AYAM KELUAR SENDIRI
  4. DAH SEPARUH KERING MASUKKAN SANTAN,GULA,GARAM DAN SERAI..KACAU SEBATI..MASUKKAN ASAM KEPING BIAR SMPAI KERING SEDIKIT SEBELUM DI ANGKAT..


SAMBAL TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN



Telur puyuh yang siap direbus dan goreng seketika
3 labu bawang besar
150 gm ikan bilis siap dikopek(rendam seketika)
1 labu bawang besar dihiris
100 gm cili kering kisar
2 keping asam keping
Belacan sebesar ibu jari
Minyak untuk menumis
Garam
Gula(cikmin guna brown sugar)
Perasa
Cara-caranya:

  1. Blender kesemua bawang besar bersama ikan bilis,jangan terlalu hancur
  2. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan yang di blender tadi,sehingga naik baunya
  3. Masukkan cili kering kisar tadi,masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan asam keping dan sedikit air yang telah dicampurkan belacan
  5. Masukkan garam,gula dan perasa secukup rasa
  6. Masukkan hirisan bawang tadi,biar sehingga bawang layu
  7. Akhir sekali masukkan telur puyuh,kacau biar mesra,siap untuk dihidangkan.



Saturday, December 17, 2011

HUKUMAN pada PESALAh..

hari ni memang HARI RAJIN UPLOAD BLOG kot utk mummy...harini jer dah 3x mummy share cite kat sini...memang rajin terlampau....selalu baru nak on Fb @ blog komfem si teruna mummy akan kacau..merengek mintak perhatian dan di dukung..tapi harini memang baik hati sungguh anak mummy tu langsung tak kacau mummy..nak tahu sebab aper...sebab nya TOKMAK aisy ade kat shahalam ni..so,aderlah orang yang manjakan aisy terlebih...aisy suka sangat tokmak dia datang...mummy????lagi...lagi..lagilah...suka..hehe...dapatlah mummy ber fb ber blog sakan..wah..wah,..wah!!!ceronok betullah!!!ingat nak tutup dapur skali....amboi!!!terlampau betul ye,amik kesempatan...tapikan terpaksa lupakan hasrat murni nak TUTUP DAPUR ,nak GANTUNG SUDIP,nak GANTUNG KUALI....JURI TETAP PENGKRITIK MASAKAN mummy tu kalo 1 hari tak makan masakan mummy tak boleh...memang wajib mummy masak walaupun hanya berlaukkan telur  masak kicap...WAJIB....lagipun memang tangungjawab mummy sbgai isterikan...so,lupakan hasrat murni mummy tu ye!!!

nampak tak tajuk kat atastu??nampakkan....nak tau tak sapa pesalah yang kena hukum...dan hukuman apa yang dikenakan...dan sapa yang menghukum....sila tengok gambar kat bawah ni...inilah pesalah nya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wanted yang membuli mummy nya
.
.
.
.
.
.
.
.
muka takut+cuak selepas di kenakan hukuman..mood:mana mummy ni
.
.
.
.
.
.
.

.
oh!!ammi aisy dah nampak ammi..mintak maap..
.
.
.
.
.
.
.
..

senyumman nilah yang buat hati ammi cair..nak marahpun tak jadi..

.
.
.

.
.
.
.



yes!!!ammi dah maapkan aisy...sukalah tu..


dah tengokkan gambar kat ats tu...pesalahnya AISY NUR RAYYAN...penghukumnya dah tentulah MUMMY...hukuman yang di kena kan pada AISY...KURUNG DLM KELAMBU SIANG HARI...wow!!!kejamnya mummykan...dah kes dera anak sendirini....eh!!!tolong jgn salah faham oky..mummy bagi hukuman pd aisy sebab aisy asyik nak beriba ngan mummy lgsg tak leh letak..mummy nak masak untuk MR KAMPUT pun tak boleh...nak buat keja lgsg tak boleh..asyik nak pegang momtot dia jer..ammi geram,baringkan aisy ats tilam pasang kelambu...hahhaha...kejamkan mummy,tapikan mummy tak tinggalkan aisy sendiripun..mummy cuma nyorok blakang kelambu tu nak tengok reaksi aisy...mula2 takut cari mummy..lepastu dah nampak mummy..boleh gelak sakan..ingat org nak main dengan dialah tu..anak mummy sayang!!perangai dari hari ke hari makin clever sangat..love u son...so much!!!



AYAM goreng MANGGA..



BAHAN-BAHAN

1 EKOR AYAM
BAWANG BESAR*
HALIA*
CILI PADI*
MANGGA MUDA*
DAUN SUP*
TEPUNG GANDUM
GARAM
KUNYIT
GULA
SOS CILI
CILI GILING.
DAUN SUP*


BAHAN BERTANDA* DIHIRIS HALUS..

CARA-CARA MASAK
  1. AYAM YG TELAH DIPOTONG DI GAUL KUNYIT & TEPUNG GANDUM...
  2. PANASKAN MINYAK DAN GORENG AYAM SMPAI MASAK & GARING
  3. KETEPIKAN AYAM YANG TELAH SIAP DI GORENG TADI
  4. PANASKAN MINYAK,GORENG BAWANG SMPAI NAIK BAU,MASUKAN BAHAN YANG DI HIRIS HALUS TADI KECUALI MANGGA,
  5. MASUKKAN SOS CILI,CILI GILING,GARAM & GULA KACAU SEBATI.
  6. MASUKKAN MANGGA MUDA DAN AYAM YANG TELAH DI GORENG TADI..TABURKAN DAUN SUP..SIAP....SEDAP DI MKN DGN NASI PANAS2..


NI untuk adik lelaki tunggal mummy yang tak makan ikan..mummy masak special utk dia..ayam goreng mangga kesukaan dia..jemput makan ye..

kerapu sweet sour!!

selamat berweekend semua...apa aktiviti ye cuti-cuti ni...shopping,dating atau ddk umah menggemukkan badan..mummy mcm biasa lah kan,jadual seorang perempuan bergelar isteri,mummy & bekerje...memang 100% bila masa cuti akan di habiskan di rumah melayan anak & mengemas rumah yang ala-ala stor sukan dan memasak...nak bershopping sakan gaji lom dapat.so,ddk rumah makan...main dengan bos bam bam tu dah jadi rutin time cuti ni...


oh!!MR KAMPUT kena bisul di kaki...ades!!ampunkan dosa mummy ye babah sebab dah bocorkan rahsia..hehe...kena operation plak bisul tu sebab dah besarkan..apa lagi,semua makanan yang boleh menyebabkan gatal MR KAMPUT tak boleh mamam...jadi,mummy hanya masakkan ikan jelah sementara kaki MR KAMPUT tu lom baikkan...dah namapun JURI TETAP pengkritik masakan mummykan,so kenalah masak sedap&special walaupun kaki tu  sakit...nak masak lauk macam mummy dalam pantang tu komfem tak makannyer....so,beli IKAN KERAPU mummy masaklah KERAPU SWEET SOUR...memang berbaloi sebab bertambah-tambah nasi mR KAMPUT makan...lupalah tu kaki tu baru lepas operation...jom tengok mummy masak yer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


BAHAN-BAHAN
 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
bawang besar(dihiris halus)
1 sudu sunquick 


½ batang lobak merah dipotong kiub 
½ batang timun dibuang biji & potong kiub 
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub 
1 potong nenas dipotong kiub 
½ cawan air



CARA-CARA MASAK

Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit & TEPUNG
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan. 

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar. 
  3. Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.MASUKKAN 1 SUDU SUNQUICK.. 
  4. Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat. 
  5. Angkat dan tuangkan ke atas ikan. 

Friday, December 16, 2011

BBQ TIME!!!

Salam jumaat sekalian.......seronok betul mummy kalo tibanya hari jumaat ni...mana tak syoknya jumaatlah hari yang last mummy keje...sabtu & ahad cuti masa untuk perabihkan dengan anak teruna mummy AISY NUR RAYYAN... nilah masa yang paling aisy suka sebab 24 jam boleh buli mummy dengan jayanya...uh!!nasib lah kan...namapun dah jadi ibu...kenalah layan karenah anak sendiri..memang kalo hari sabtu...hari yang terpaksa mummy masak sambil mengendong aisy...ala-ala,bibik pembantu rumah gitu mummy ni...sambil masak,sambil kendong anak...aisy.....apa lagi syok gilalah,kena dukung ngan mummy kan..siap ketawa tak ingat dunia!!!oh,anak teruna mummy memang kamu anak bertuah sayang!!!

oh ye!!ni mummy nak share resipi masa buat bbq di umah tok abah aisy weekend yang lepas...syok!!yang tak syoknya MR KAMPUT mummy tak dapat join pun sebab outstation ke pERAk...takpelah ye babah...layan gambar dalam blog je pun oky kan..hehehe....mummy amik resipi di my resipi...jom main masak-masak ngan mummy ye!!mummy mintak izin c & P ek...malAs nak menyalin balik..oh!!!dasar pemalas....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BAHAN-BAHAN
bahan-bahan Untuk dkisar (bahan perap)
-3biji bawang putih
-5biji bawang merah
-sedikit halia
-lada hitam (kuantiti mengikut selera)
-serai (1shj)
-sedikit lengkuas (jika ada)
 Sos Cili
-1camca garam
-1camca gula
-Jika bhn2 ini dirasakan terlalu sedikit, bolehlah ditambah bawang besar)
-SOS BBQ(MUMMY TAMBAH SENDIRI)
Ayam
Potong ayam sederhana dan tidak terlalu besar spy apabila dibakar ia cepat masak.
-Ayam yg telah dipotong disapu garam kunyit
- Biarkan 30minit

CARA-CARA MASAK
1) Bahan-bahan yang telah dikisar td dimasukkan kedalam bekas ayam dan digaul rata
2) Biarkan ia selama 2jam 
3) Bakar ayam yang telah siap diperap (bahan2 perap td seeloknya ditempel2kan atas ayam yg sedang dibakar..)
4) Bakar sehingga masak
5) Siap dihidang