JellyPages.com

Wednesday, December 21, 2011

puding marble..

ASSALAMUALaIKUM...


harini masih mood buat puding lagi...tapi berlainan sikit sebab ni mummy yang teringin lama nak buat..baru hr ni berkesempatan..puding marble..sedap..sejuk je bila makan lalu kat tekak..mmg sesuailah bagi org yang sakit tekak kalo makankan...sedap rasa lemak-lemak gitu,bagi pencinta coklat yang crazy mcm mummy memang akan rasa satu kenikmatan kalo makan puding ni..apa lagi jom kita tengok puding marble mummy ni..
.
.
.
.
.
.
..
.
puding yang belum di potong
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang ni versi dah bersedia utk dimamam..




BAHAN-BAHAN

  • 2 gelas air
  • 4 KEPING ROTI GARDENIA
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)(kite guna 12gm)
  • 2 gelas susu segar @SUSU CAIR)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin @ BUTTER
  • 1 sudu besar serbuk koko (bancuh ngan sedikit air suam)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla




CARA-CARA MASAK
  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. sementara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. koyakkan kecil roti.Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau.masukkan roti yang dikoyak kecik tadi. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

No comments:

Post a Comment

luv u comment