JellyPages.com

Thursday, January 26, 2012

TALI SKIPPING

ASSALAMUALAIKUM..


pernah tengok menda alah tu..pernah guna????komfem pernahkan lebih-lebih masa kecik-kecik dulu..tulah salah satu peberet permainan bagi anak-anak gadis....termasuk dalam senarai dah tentulah mummykan...menda alah tu namanya TALI SKIPPING...mood mummy skang memang berkobar nak kurus balikkan...di sebabkan tersangatlah malas nak jogging harini mummy amik kesempatan ber skipping dirumah seorang diri....

mula-mula buat memang penat..yelah badan dah gedempol...nak melompat berskipping bagai mana nak larat tapi demi kurus,slim mummy gagahkan juga...insyaallah lepasni akan buat setiap hari...fuhhh!!!jangan hangat2 tahi ayam yer mummy...yang tak bestnyakan mummy terlupa nak simpan tali skipping tu masa mr kamput balik keje..apa lagi masuk je rumah,mr kamput terpandanglah tali skipping mummy tu...bagai nak tercabut isi perut dia gelakkan mummy..uishh!!! sungguh tak bermaruah dia punye gelak..macamlah mummy ni badut yang tengah buat lawakkan....takper....sabar oky mummy!!!abaikan mr kamput dan gelak yang tak bermaruah ni...tunggu kalo 48 kg nanti komfem time tu mr kamput lah orang yang paling happy sebab tengok isteri dia dah cun melecun..wah!!!hebat angan-angan mummy....aisy pleaseee doakan mummy ye syg...oky kat sini mummy share kebaikan senaman menggunakan tali skiping yang mummy jumpe di blog-kesihatan melalui incik google...jom share ilmu bagi orang-orang yang tgh nak berdiet macam mummy ni ek...
.
.
.




Keperluan Asas Lompat Tali
 1.Tali Skipping
2. Pakaian dan Kasut Sukan Yang Selesa
3. Tempat Yang Sesuai

Permulaan Melompat Tali
-Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi anda. Jika anda sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusing telah mencecah lantai. Jangan melompat terlalu tinggi (˜30cm). Bagi menguatkan otot kaki, anda harus selalu melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat setempat
-Lakukan sehingga mahir. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.


Cara Lompat Tali Yang Betul dan BerkesanMemanaskan badan—Lakukan senaman ringan untuk memanaskan badan diikuti dengan regangan bagi melonggarkan otot-otot Panjang tali skipping—Pastikan sukatan tali skipping sesuai dengan ketinggian anda. Pegang kedua-dua belah hujung tali dan pastikan ia berada di bawah ketiak anda. Jika terlalu panjang simpulkan tali tersebut
Cara memegang tali skipping— rapatkan siku ke badan dengan tapak tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20-25cm dari badan

SUMBER YANG SANGAT BERGUNA DARI :
Laman Web Sihat Cergas Ceria



Membakar 1,000 Kalori Dengan Tali ‘Skipping’

Ketika anda bersekolah rendah dahulu mungkin anda sering meloncat menggunakan tali ‘skipping’ ataupun tali yang diperbuat daripada ‘getah gelang’. Ia merupakan satu permainan yang murah, mudah dan sungguh menyeronokkan.
Tahukan anda, aktiviti loncatan tadi jika dilakukan dengan betul dapat membantu membakar sehingga 1,000 Kalori dalam masa 1 jam. Aktiviti ini juga boleh dilakukan secara berseorangan dan di dalam rumah sahaja. Anda boleh membeli tali skipping tersebut dari kedai peralatan sukan dengan harga serendah RM5.00 sehinggalah beratus-ratus ringgit bagi tali yang berkualiti tinggi.
Walaupun begitu, jika anda tidak biasa melakukan aktiviti ini anda hanya mampu bertahan untuk melakukannya bagi tempoh 1~2 minit sahaja. Untuk itu, jangan memaksa diri anda untuk melakukannya secara berlebihan. Ditakuti, ia dapat memberi kesan lain kepada tubuh anda.
Buat permulaan ini, cukuplah jika anda mampu melakukanya buat beberapa minit sahaja. Anda boleh meningkatkan jangka masa tersebut dari masa ke semasa mengikut kemampuan anda. Apa yang penting anda seronok untuk melakukannya serta dapat dilakukan secara konsisten setiap hari.


SO,APA TUNGGU LAGI JOM BERSKIPPING BERAMAI-RAMAI.
sekian..

0 ulasan: