JellyPages.com

Monday, February 6, 2012

GRILLED CHICKEN with black peper sos+ brokoli,tomato cherry & baby carrot!!

ASSALAMUALAIKUM.....



masak apa harini yee??menu ni dah lama mummy masak.disebabkan mummy berada dalam mood 48 kg so,mummypun dengan gediknya makanlah yang jenis grilled,kukus je kan...meh layan resipi simple mummy ni...




Bahan-bahannya:
Ayam separuh di potong sederhana kecil
4 ulas bawang putih-dihiris
2 inci halia-dihiris
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin/seasoning
2 sudu besar madu
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar sos black pepper-
1 Biji buah lemon
Cara-caranya

Campurkan semua bahan bersama ayam dan perap ayam semalaman(kalau nak cepat makan,perap sekitar 2 jam pun dah ok)Lapik alumminium foil di atas dulang pembakar,susun ayam didalam dulang dan letakkan sedikit butter atau marjerin di atas ayam.Bakar dalam oven bersuhu 165c selama 35 minit atau sehingga ayam masak.Keluarkan dari oven,hidangkan dan perah sedikit lemon keatas ayam.
amik kat cikmin.com..mmg best giler resipi kat sini tau!!


brokoli/baby carrot @ cerry tomato mummy stim campur garam sikit..

No comments:

Post a Comment

luv u comment