JellyPages.com

Thursday, August 23, 2012

bingka labu ala-ala cara berlauk

assalamualaikum

masih lagi dalam mood beraya..walaupun harini mummy dah ada kat sekolah jaga opis...takper yang penting keje smbil memakai baju...hangbag..kasut raya itu perlu.hahahhahaa....gedik giler mummykan..rayakan sebulan walaupun puasa tu lom tentu sebulan penuhnya...

harini mummy nak share menu untuk sarapan aisy nur rayyan yang skang demand suka memilih makanan...almaklumlah dah bujang..dah bijak..dah tau menilai mana sedap dan tak sedap....nasi sangat susah nak makan...bila buat bubur alhamdulilah makan. tupun ikut mood....kalo roti,biskut memang sangat-sangat suka....so mummy kena layankan selera anak teruna harini mummy buatkan aisy bingka labu tapi mummy buat ala-ala kuih cara berlauk..ada daging..ada cheese....hope aisy makanlah..penat mummy masak sayang....kesian mummykan..






bahan-bahan

labu
ubikentang
tepung atta
sedikit lada sulah
mix herbs

bahan-bahan inti

daging cincang
lada benggala(dihiris halus)
daun sup(dihiris halus)
daun kucai(dihiris halus)
cheese


cara masak

rebus labu,ubikentang smpai lembut..dah lembut sejukkan..lenyetkan dan campurkan dengan tepung atta dan sedikit air,lada sulah dan mix herbs..bentukkan bulat...panaskan kuali masak smpai lembut..dah separuh masak..letak bahan inti dan cheese atas bahan doh tadi...biar sekejap smpai keju cair..siap boleh makan...kalo nak bakarpun bleh..tapi disebabkan oven kat umh yanie so mummy guna grill kat dapurjerlah.

sekian

No comments:

Post a Comment

luv u comment