JellyPages.com

Monday, November 19, 2012

Kek lapis pandan kukus Aisy

Assalamualaikum

Disebabkan mummy terlebih rajin buat kek lapis so mummy kenalah buatkan Aisy punya gak kek kan...takkan mummy ngan babah makan sedap anak teruna makan roti telurjer mana adil hehehehe

Aisy punya sama jugak kek lapis yang dikukus almaklumlah mummyni pemalas yang tersangat Kalo gunakan oven leceh nak mengelap nak kemas lepas masak bila Guna kukus senang, jimat masa Dan tenaga selepas masaktu tak payah nak mengelap sangatkan...lgpun lebih lembut Kalo buat kek kukusni....senang Aisy nak makan...bagus punya alasan kan terbaik hahahahaha

Jom tengok resepi kek lapis aisyni...kesian Aisy punyer Guna daunpandanjer takde warna warni McM kek mummy ngan babah :)

Bahan-bahan


1 biji telur
1 buku Unsalted butter nak letak minyak jagung pun ok
2 sudu madu nak letak purée kurma pun bleh
2 cawan tepung gandum

5 sb susu fm,susu Ibu
3 helai Daun pndan di kisar ditapis amik air jer

cara:
1. cara sama seperti buat kek2 lain..mula2 putarkan mentega dan madu hingga putih.
2. masukkan telur putar lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum yang telah diayak 2x,
4-masukkan susu fm or susu Ibu
5. bila semua dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu adunan biarkan warna asal. satu adunan lagi letaklah daun pndan dikisar td.
6.pastu tuangkan sedikit adunan hijau dulu ke dalam acuan yang disukai.taburkan ats dgn kismis
7. kukus dalam 10-15 minit.
8.tuangkan pula semua adunan Warna asal ke dalam acuan...kukus dalam 10-15 minit juga.
9. akhir sekali tuangkan baki warna hijau tadi , taburkan kismis Atasnya kukus la selama 1 jam...



sekian

Kek lapis biskut kukus Marie

Assalamualaikum

Semalam mood mummy terlebih rajin nak memasak...mummy buatkan kek lapis kukus utk santapan kami minum petang lagipun kawan mr kamput nak datang umh so kenalah hidangkan sesuatu untuk tetamukan...

Resepi mummy amik dkt sini http://www.sitidelima.com.. Blog yg best sgt Dari dapur ct.. mummy olah ikut selera tekak mummy sendiri hehehehehe serious sangat sedap tau tak caya try buat Kat umh baru rasa nikmat ya kek ni..resepi asal Guna biskut Marie tapi kedai bawah umh takde plak stok biskut Marie so mummy tukarkan jd biskut kering Hahahhahaha takpelahkan asalkna biskut...bahagian tengah mummy letak kan coklat bagi cepat sikit proses Badan mummy lakibini naik Dan Gemuk dengan senang :)

Jom tengok resepi ya KAK ct mintak share Kat sini yer!!


Kek Kukus Lapis Biskut Merry

Bahan-bahan :
3 biji telur grade A
110 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair(mummy tak letak pun)
1/2 sudu kecilk garam
50 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka
Biskut merry secukupnya

Cara-Cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder kedalam manggkuk adunan.
2. Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna.
3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata.
6. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
7. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.




Sunday, November 18, 2012

Nasi lemak pandan kukus

Assalamualaikum

Hrni baru dpt nak share menu lunch kami 1 family semalam....nasi lemak Daun pandan kukus yg mummy buat untuk kami 1 family....Aisy punya still versi babylah... Takde garam,,gula Atau perasa tambahan...Mummy lupa mummy amik Kat blog sapa mintak copy Kat sini yer :)

Jom kita tengok resepinya

bahan-bahan
1 kg beras
1 liter santan
3 helai daun pandan-dikoyak dan disimpul( blend dan ambil airnya,kurangkan sukatan santan)
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah(dimayang)
garam secukup rasa
sedikit gula(sekiranya suka)

cara membuatnya

-basuh beras dan toskan
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan
-pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit
-apabila sudah masak,sedia untuk dihidangkan.

*aisy punya takde letak garam atau gula*


Yang ni resepi ayam goreng madu

AYAM GORENG MADU

Bahan:-
Ayam dibersihkan.
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Serai*
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
2 cm halia * (bahan * dikisar)
3 camca besar serbuk kari daging/ayam
1 camca besar madu
Cara Memasak:-

Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan dikisar hingga garing.
Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
Masukkan madu dan kacau kejap.
Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

*aisypunyapun still takde garam ok*

Saturday, November 17, 2012

Pleseeee pray for gaza!!!!

Assalamualaikum

Sedih pilu hati mummyni bila tengok kekejaman israel laknattullah pada penduduk palestin...kesian kanak-kanak tak berdosa menjadi mangsa...manusia jenis apalahtukan Lansung takde sikap perikemanusiaan???mmg layak dipanggik syaitan iblisjer...subhanallah,sungguh kejam zalim..betul-betul lahanat Israel ni lah..


Marilah semua umat Islam kita mohon keajaiban berlaku ke atas semua saudara-saudara kita di palestin....panjatkan doa untuk mereka supaya Israel mendapat balasan atas per buatkan yang telah mereka lakukan ke atas bumi palestin...

Ya allah ya tuhanku selamatkanlah saudara-saudara kami di palestin..lindungilah mereka Dari kekejaman Israel laknattullah...ya Allah turunkan lah bantuanmu kali Ini kepada saudara saudara kami di bumi palestin,Syria dan dimana Saja umat Islam ditindas.Dan hancurkanlah tentera zionis laknattullah!!!! Amin ya robal alamin....

Kawan-kawan seluruh umat Islam mummy merayu seikhlas hati setiap 5 waktu,setiap masa Marilah kita doakan untuk kesejahteraan saudara kita dibumi palestin..hanya doa yang mampu kita hulurkan..pleseeee pray for gaza moga doa kita dimakbulkan olehnya ameen.....

Wahai saudara-saudaraku dibumi palestin bersabarlah!!insyaallah syurga jannah menanti kamu disana insyaallah

Sekian

Friday, November 16, 2012

Handbag mrkamput

Assalamualaikum

Tak Terlambat untuk mummy ucapkan Salam maal hijrah untuk semua umat islam..moga penghijrahan kita lebih baik dari tahun sebelumnya...Kalo bagi diri mummy sendiri mahu berhijrah untuk jadi anak,Ibu Dan paling penting isteri yang solehah yang boleh membuka pintu syurga untuk mr kamput di akhirat nanti aminn!!Berubah ke Arah kebaikan sikit Demi sedikit insyaallah moga niat murni mummyni Allah permudahkan Dan makbulkan..

Em...skang dah masuk tgh bulan November pun...dah masuk ujung tahun,dah start pun cuti sekolah..cepat sungguh masa berlalu secepat besarnya anak teruna yang dah pun berumur 1 thn 4 bulan 3 nov haritu...penah tengok lelaki ader handbag Atau dalam bahasa melayunya begtangan??ada yup mmg Ada Kalo artis mummy pnh tgk double A (azwan Ali)ader handbag yg cantik2,marvelous kalah ualls handbag cabuk mummy tu...tapi dekat dunia luar blom penah lagi mummy jumpa lelaki yang dok kelet handbag kecuali bawakkan handbag bini Atau Awek punya lah..selaintu lelaki "Adik-Adik"mmg banyak lah bawak handbag..hehehehehe

Tapi kan mrkamput suami mummy yang gagah perkasa,macho bagaikan Arjun rampal pelakon Hindustan tu Ada handbag....pelikkan???apakah suamiku itu dua Alam????ohhh tidak!!!dia lelaki Tulen ualls Kalo tak McM ner boleh wujudnya Aisy nur RAYYAN ops!!!!hahahahahahaha...mmg handbag mr kamputni ajaib sikit,tak bleh mrkamput bergerak komfem dia akn ikut...msk blik dia follow,pg toiletpun dia join skali...bagus kan???mrkamput sangatlah syg kan handbag diani....kemana-mana mesti dia bawaklah....tp Ada masanya smpai kan mrkamput kn mintak tolong mummy untuk bawak lari handbag dia ni Jgn bg Nampak mr kamput keluar Kalo tak komfem handbag mrkamput ni akn mengamuk hehehehe....yang paling best handbag mrkamput ni takde di jual dimana tempat tau!!hanya untuk mrkamput sorangjer nak tengok tak handbag mr kamput yang comel....kiutmiut......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaa

Inilah dia handbag mr kamput. AISY NUR RAYYAN Kemana mrkamput pergi mesti nak ikut hehehehe comelkan,kiut miut tak handbag mr kamput ???hahahaahhahaha

Sekian