JellyPages.com

Monday, November 19, 2012

Kek lapis biskut kukus Marie

Assalamualaikum

Semalam mood mummy terlebih rajin nak memasak...mummy buatkan kek lapis kukus utk santapan kami minum petang lagipun kawan mr kamput nak datang umh so kenalah hidangkan sesuatu untuk tetamukan...

Resepi mummy amik dkt sini http://www.sitidelima.com.. Blog yg best sgt Dari dapur ct.. mummy olah ikut selera tekak mummy sendiri hehehehehe serious sangat sedap tau tak caya try buat Kat umh baru rasa nikmat ya kek ni..resepi asal Guna biskut Marie tapi kedai bawah umh takde plak stok biskut Marie so mummy tukarkan jd biskut kering Hahahhahaha takpelahkan asalkna biskut...bahagian tengah mummy letak kan coklat bagi cepat sikit proses Badan mummy lakibini naik Dan Gemuk dengan senang :)

Jom tengok resepi ya KAK ct mintak share Kat sini yer!!


Kek Kukus Lapis Biskut Merry

Bahan-bahan :
3 biji telur grade A
110 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair(mummy tak letak pun)
1/2 sudu kecilk garam
50 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka
Biskut merry secukupnya

Cara-Cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder kedalam manggkuk adunan.
2. Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna.
3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata.
6. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
7. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.




No comments:

Post a Comment

luv u comment