JellyPages.com

Sunday, November 18, 2012

Nasi lemak pandan kukus

Assalamualaikum

Hrni baru dpt nak share menu lunch kami 1 family semalam....nasi lemak Daun pandan kukus yg mummy buat untuk kami 1 family....Aisy punya still versi babylah... Takde garam,,gula Atau perasa tambahan...Mummy lupa mummy amik Kat blog sapa mintak copy Kat sini yer :)

Jom kita tengok resepinya

bahan-bahan
1 kg beras
1 liter santan
3 helai daun pandan-dikoyak dan disimpul( blend dan ambil airnya,kurangkan sukatan santan)
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah(dimayang)
garam secukup rasa
sedikit gula(sekiranya suka)

cara membuatnya

-basuh beras dan toskan
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan
-pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit
-apabila sudah masak,sedia untuk dihidangkan.

*aisy punya takde letak garam atau gula*


Yang ni resepi ayam goreng madu

AYAM GORENG MADU

Bahan:-
Ayam dibersihkan.
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
Serai*
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
2 cm halia * (bahan * dikisar)
3 camca besar serbuk kari daging/ayam
1 camca besar madu
Cara Memasak:-

Perap sekejap ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan dikisar hingga garing.
Masukkan serbuk kari, perlahankan api, kacau sebati (jangan hangus lak, kejap jek)
Masukkan madu dan kacau kejap.
Masukkan ayam dan balik-balikkan hingga bersalut rata.
Hidangkan dengan nasi putih ketika panas2.

*aisypunyapun still takde garam ok*

No comments:

Post a Comment

luv u comment