JellyPages.com

Saturday, February 23, 2013

lunch di restoran kanak-kanak

ASSALAMUALAIKUM....
harini dapur ditutup untuk 1 hari atas kebenaran tuan punya rumah merangkap juri tetap pengkritik masakan mummy mr kamput...ni pun sebab mr kamput ada kelas dari pagi smpailah ke malam...tak seleralah nak makan sorang-sorang tanpa suami disisi..eceh!!!sweetjer bunyi nyakan...hehee.....
disebabkan dapur mummy tutup harini,kami lunch kat luar...mummy memang plan nak ke uno bazar seksyen 7...puas gedik2 manja pujuk mr kamput mintak temankan mummy ke sana,sebelum ke kelas..alhamdulilah taktik menjadi..yang tak bestnya lebih 5 kali kami pusing area jakel smpailah ke bahagian belakang area seksyen 7 tu cari uno bazar..tapi hampeh tak jumpa-jumpa....nampakjer ader tulis bazar mummy masuk tapi bukan booth EL IDEAL CLOSET yang mummy jumpa...booth lain....nasiblah mr kamput sangat cool harini takde sikit bunyipun walaupun dah macam naik haji gayanya bertawaf mencari uno bazar....hehehe....lebih lagi dengan kesengalan mummy harini yang tertinggal handphone dirumah langsunglah susah nak jumpa bazartu....dah penat cari mr kamput ajak kami lunch dulu dan lepastu sambung lagi pusing mencari..hehhee...first mummy ajak  makan nasi ayam penyet...tapi memandangkan mood anak teruna dah macam nak mengamuk so,plan ke restoran upin n ipin jer dengan harapan aisy jadi behave bila makan kat situ...first time mummy jejakkan kaki ke restoran ni slalu mummy makan di cawangan seksyen 13 berhampiran sekolah mummy..
aisy memang sangat excitedlah dikelilingi upin ipin....semua menda yang ada kat restoran ni memang bertemakan upin ipin,smpaikan di tvpun pasang upin ipin punya cite...lagi plak dalam restoran ni memang penuh dengan budak-budakjer...kiranya dah macam restoran khas untuk budak-budak jer gayanya tau....pekerja kat restoran ni memang kena banyak bersbarlah...lepas jer pelanggan balik mesti kena bersihkan meja dengan teruk sikit..almaklumlah pelanggan majoriti family yang memang bawak anak-anak makan kat situ bersepahnya tak payah cakaplah kan....lebih-lebih bila aisy yang datang makan memang habislah restoran orang dikerjanya.hahahhaha...cuma bab servis untuk makanan sampai tu memang agak kecewa sikit..lambat giler....dahlah kami anak beranak ni lapo tahap gaban...dahlah bekal makanan aisy mummy boleh tinggalkan dirumah plak.mood aisy yang memang dah ada gaya nak mengamuk tu apalagi makin teruklah meragam..dahlah time dia memang nak tido..makanan lambat pulak...satu kedai dengar suara dia melalak...siap naik atas meja makan lagi...malu betul mummy...terpaksalah bila makanan smpai kami bergilir-gilir makan....
kalo bab makanan..memang tiptoplah....asam pedas yang sangat sedap,nasi ayam mmg terbaik...cuma sup nasi ayam mr kamput tu masin teramat...macam lori garam tumpah kat dalam sup tu plak....mummy tak sempat nak snap gambar sebab aisy meragam kat situ..insyaallah lain kali dtg lagi kat situ bawak anak teruna....tapi aisy jangan buat hal lagi yer sayang...kalo tak mummy taknak bawak aisy jalan-jalan lagi tau..



gambar amik amik kat incik google

ragam aisy nur rayyan

ASSALAMUALAIKUM..
 
 seram tak tengok gambar kat bawah ni....kalo mummy bukan lagi seram tapi dah rasa macam nak tampo laju-lajujer muka perempuan bergigi emas ni...pengotor,bab kata orang pahang habat bebenor rupanyalah weih....tapi dulu aisy kalo tengok jer iklan ni komfem berlari-lari dekat mummy sambil melalak-lalak menangis...apa ntah yang ditakutkan..maybe rupa perempuan bergigi emas ni dah macam spesis babun agaknya tu yang aisy jadi seram sangat....tapikan skang dah takde lagi kes nak seram-seram bila tengok iklan corntoz ni..yelah dah makin bujangkan..keh..keh.keh...
 
geram betul tengok rupa ko perempuan!!






lepas takutkan iklan perempuan bergigi emas ni aisy ader takut 1 iklan ubat sakit tekak...ala yang iklannya siap laki bini berkampung dalam mulut lelaki yang sakit tekak tu...kartun gemuk hodoh warna hijau...mummy lupa nama ubat sakit tekak tu...nak mintak tolong incik google carikan macam tak berani dan tak sanggup plak..iyelah berkaitan sakit tekak ni kang gambar yang menjijik dan meloyakan plakyang kuarkan..so,nanti korang tengok sndirilah iklan tu kat tv...hehhehee

tadi,sedang asyik kusyuk menari sambil tengok upin ipin tetibajer aisy menangis ketakutan lari dekat mummy..serius takut mummy dibuatnya..iyelahkan tengah menari tetiba menangis mana tak terperanjat mummy dibuatnya....yang mummy heran siap bagi mummy remote mintak tukar channel...tapi mummy buat tak tahujer,terus pujuk suruh aisy diam...yang herannnya makin kuat plak nangisnya..rupanya aisy takutkan cikgu besar guru besar si upin ipin tu..patutlah slamani adajer watak cikgu besar tu mesti dia tetiba nangis..harini barulah mummy tahu.hahahhahaa..aisy,aisy...kenapa takut ngan cikgu besar tu adakah sebab badan cikgu besar tu sama saiz dengan mummy????oh!!!!!tidak.....

mata dah nak rapat dahni....mr kamput dah bising suruh tutup  lampu..mummy behenti sini dulu..besok nak bangun pagi melayan anak teruna yang bangun jer dari tido nak makan terus... :)


puas mummy cari gambar cikgu besar tu takde lah plak....mata dah ngantuk..malas nak cr lama-lama..hehehe


Friday, February 22, 2013

tips anak cepat bercakap..

ASSALAMUALAIKUM....
 
alhamdullilah dah berada di kedua minggu terakhir febuari...dah nak msuk bulan mac dah tak lama lagi..cepatyer skang waktu tu berlalu pergi...secepatnya badan mummy ni naik...bilalah nak slim sikit..nak merasa 48 kg balik tak taulah bila nak dapat...risau bila badan,perut ,peha makn membesar tapi kalo nampak makanan tak ada pulak nak risau kalo makan dengan banyakkan...still membedal nasi,makanan yang berlemak tanpa segan silu yang badan tu dah gedempol....mummy,mummy....nak jadi macam big show ker baru nak stop makan???bila lah agaknya nak blaja diet ni ek??
 
aisy dah lama terlena lepas mummy bagi makan ubat selsema dengan paksa..susah betul nak mamam ubat abak teruna seorang ni..perangai sapalah yang aisy ikut yer..keh..keh..keh....makan ubat dah macam nak melawan musuh lakunya..kena bersilat bagai...aduyai anak kesayangan....kenapalah ikut bab susuh makan ubat tu dr mummy aisy ikut babah yang sangat senang nak makan ubat siap boleh tanpa air dan isap ubat yang pahit tu lagi....uishh!!kan dah kantoi mummy punya perangai buruk yang anti ubat...syh!!!!!diam-diam yer jangan bagitau sapa-sapa..malu mummy aisy nanti.hahahha

malam ni tengah dok belek-belek incik google mummy terbacalah 1 blog yang bercerita dan memberikan 1 info yang sangat melegakan hati mummy...TIPS ANAK CEPAT BERCAKAP...mummy rasa sedikit lega lepas baca maklumat-maklumat yang ditulis kat blog tu berkaitan dengan anak yang lambat bercakap...sedia maklumkan aisy nur rayyan ni dah 1 tahun 7 bulan lom pandai bercakap tapi sangat-sangat clever orangnya..apa yang disuruh,dicakap oleh mummy dan babah aisy akan buat serta lakukan.alhamdulilah,memang aisy sangat clever orangnya...tapi sebagai seorang ibu mummy memang jadi takut,stress bila memikirkan aisy tak bercakap lagi..lagi pulak aisy ni anak sulung mummy...makin risau dibuatnya...tapi kalo diiuktkan keturunan mummy..adik-adik sepupu lelaki mummy kebanyakkannya lambat bercakap..malah pakcik aisy yg dah umur 3 tahun pun masih belom jelas pertuturannya....mungkin ni salah satu jugak yang menyebabkan aisy lambat bercakap kot..faktor keturunan hehehhhe..mummy mintak izin dr tuannya blog nak sharekan tips tu kat blog kusam mummy ni yer..oh ya !!mummy baca maklumat yang sangat bagus ni di blog ZAKUANHASSAN'S BLOG..try google dan follow blog ni tau..eceh..eceh.....siap promosi lagi yer mummy!!hehhe


Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:

“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
 Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya. 

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.

Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.


Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.
 
 
penulis ni ada jugak share bgtau sapu madu dilelangit nak untuk cepat bercakap...mummy tau petua ni sebab tokmak aisy pernah bagitau cuma madu asli dirumah memang takde..haritu mummy buatkan untuk aisy hanya madu yang jual dipasar raya tujer..hehehe...lega sedikit rasa hati mummy ni..mulai malam ni mummy taknak dah paksa-paksa aisy bercakap...em..mungkin aisy stress agaknya bila asyik dipaksa becakap...maap yer sayang!! maapkan mummy yang sempit pemikiran ni...mummy sangat bangga punya anak bernama aisy nur rayyan tau!!..love u my lovely baby...
 
budak yang suka sangat berlari
 

Tuesday, February 19, 2013

aku RASA nak lempang jer muka ko!!

ASSALAMUALAIKUM...
 
jaga-jaga sekalian harini mood mummy nak jadi singa lapa...rasa nak lempang laju-laju jer muka manusia(eh!sesuaiker dipanggil manusia)yang tak sedar diri langsung....sesuka hatijer nak buat anak orang macam roti canai dilambung-lambung ,dibanting-banting tanpa rasa belas kasihan....1 malaysia kecoh dengan kes amah aka SYAITAn yang tak sedar diri mendera baby umur 4 bulan...mummy jer yang baru tahu semalam tupun lepas aisy nur rayyan tidur mummy layan berita tv3 dan keluarlah pasal baby yang kena deratu..menitis,berdiri bulu roma 1 badan bilamummy tengok video baby tu kena lambung macam tu sekali dibuatnya...lebih-lebih syahdu bila time tu tengok aisy nur rayyan tengah lena tidur..lagilah menitis airmata mummy ni...mummy ni kan ada peyakit nila tengok aisy tidur rasa macam nak nangis,sayu dan kesianjer dekat anak teruna mummy tu...ya allah!!apalah dosa baby tu kat ko wahai perempuan???sampai macam tu sekali ko lakukan dekat budak yang baru 4 bulan kenal dunia...
 
sungguh sangat-sangat mummy tak faham apalah sebab perempuan sewel tu lakukan macamtu dekat baby yang baru berusia 4 bulan..takde langsung rasa bersalah dan kesianker???tulah orang cakap dasar tak sedar diri..bukanker tujuan datang ke malaysia nak cari rezeki...tapi bila allah dah bagi rezeki dengan sendiri musnahkan....skang tak pasal-pasal kena duduk malaysia 20 tahun...duduklah dalam penjara...baru padan muka nak sangatkan ....belom lagi bab hukuman di akhirat,di malaysia ni pun dah berribu-ribu sumpah seranah si sewel tu dapat atas perbuatan yang dia lakukan pada baby kecil tu..tak selamat dunia akhirat hidup ko wahai perempuan sewel....uhhh!!emosi sungguh mummy dibuatnya...kalo bab kes dera mendera kanak-kanak ni mmg hati mummy mudah tersentuh....tulah nasib dan risiko yang kena tanggung bila bergelar seorg ibu,wanita yang perlu bekerja mencari rezeki...kena hantar anak pada orang lain yang perlu menjaganya...bukan senang nak jumpa insan yang sayang dan ikhlas suka kan anak orang lain macam anak sendiri...mummy bersyukur bila aisy selesa dengan nenek bs dia...alhamdulilah rezeki aisy dapat pengasuh yang baik...alhamdulilah..

harap baby comel tu sihat seperti biasa..pada kedua ibu bapa baby harap bersbar atas dugaan yang allah berikan ni...harap lepas ni takda lagi kes-kes kejam pada kanak-kanak di malaysia ni yer....ya allah lindungilah anak ku aisy nur rayyan dari manusia durjana dan syaitan laknatullah..amin

NAK JER AKU LEMPANG KO TAU!!!   


NILAH BABY COMEL KENA DERA TU..KESIAN KAN..

 
 

Monday, February 18, 2013

perjalanan yang tidak dirancang!!

ASSALAMUALAIKUM...

hari minggu yang sangat menggembirakan hati mummy..keh..keh..keh....nak tau sebab aper hajat mummy nak ke pantai,laut sekian lamanya baru harini tertunai....keh..keh..keh...gelak gedik lagi sebab terlalu happy.....alhamdulilah lepas hajat gak nak ke pantai morib dengan super hero mummy ni....walaupun tanpa dirancang awal tapi mummy sangat happy..insyaallah lepasni nak kesana lagi..keh..keh..keh...maap harini mummy kena sawan gelak gedik-gedik lepas balik dr morib..

semalam mummy sekeluarga tido dirumah babah old aisy....kat sana memang ramai pakcik-pakcik aisy dari sebelah mr kamput...walaupun berat hati sgt mummy nak tidur kat sana semalam lebih-lebih lagi aisy kalo kat sana memang tak boleh dikawal...mentang-mentanglah banyak tukang nak layan montot dia so ngader2 tu yang jadi banyak sangat.....lagipun pakcik sahar aisy nak balik kesabah dan bekerja disana jadi kenangankan ada makan-makan perpisahan mummy join walaupun berat hati...tapikan ada hikmahnya harini mummy dapat jejak kaki ke morib...tujuan utama nak melawat adik sepupu mr kamput di kem PLKN PRINCESS HALIZA DI SEPANG...KEM ni bini farid kamil pernah ddk masa plkn dulu tau...dah sampai kesanakan kami pun planlah nak ke gold coast morib mandi manda....cuma yang tak bestnya tak merasa nak ke gold coast sebab sampai morib dahpun pukul 3 lebih...gara-gara sesat mencari si princess HALIZA tu...so sempat ker pantai morib jerlah..kesian anak teruna tak dapat merasa mandi manda...lebih kesian dengan mummylahkan merasa nak ke GOLD COAST MORIB...padan mukakan...hahahhahhahaa

tapi takpalah dapat jejak kaki ke pantai moribpun dah syukur....bukan senang nak kesana...lebih-lebih lagi dengan jadual mr kamput yang sangat buzy....nasib minggu ni kelas mr kamput batal,kalo tak delah nak merasa jejak kaki ke moribkan....bersyukurlah mummy!!mummy kesana dengan 2buah kereta...pakcik-pakcik aisy join skali..yelah nak jenguk adik sepupu di plkn princess haliza tukan...sampai di pantai morib kami terus serbu ke dai makan gara-gara masing-masing kebuluran..kecuali aisy sebab masa singgah di masjid untuk solat aisy dahpun mummy suapkan bubur..licin semangkuk bubur tau!!..mummy sempatlah merasa coconut shake morib..pilih plak kedai yang betul2 menghadap laut...makin seleralah nak makankan....berbaloi kami makan kat sini...8 orang makan hanya rm39 jer...campur air yang semua dasar mulut naga gelas besau-besau gedabak rm 28 hajer tau untuk 8 orang...murahkan,klo di shahalam tak merasa nak makan dengan harga macamni kan...dahlah seefood segar-bugar belaka...kerang bakar memang terbaiklah..cuma nasib mummy tak begitu baik nak snap gambar banyak-banyak incik iphone kehabisan bateri plak..terpaksalah mintak nenek su aisy snap gambar kami sekeluarga di morib....waktu laut surut..terpaksalah mummy mendukung anak teruna nak rasa gak air lautkan walaupun jauh kedepan...sajerlah mummy lepaskan aisy bagi merasa air lautkan..boleh palk dia berlari dan jatuh dalam air laut dah basah 1 badan..angkat nak balik meraung-raung taknak....dah kena tukar baju dan pandai kat toilet..bertuah punya budak emsem nikan...

insyaallah ada masa mummy akan kesana lagi,tapi kalini mungkin tido hotel kat gold coast morib tu...mehlah tengok gambar-gambar kat morib yer!!!

budakni  tgh ngorat budak2 plkn princess haliza hahaha

nasiblah tak berapa cerah gambar ni boleh tutup kegemukkan mummy..

model pantai morib



Saturday, February 16, 2013

NASI tomato in da house!!

ASSALAMUALAIKUM..

letih bebenor rasanya harini,dari pukul 6 pagi bangun tido baru ni bleh ddk rehatkan badan...kerja tak abis-abis kat rumahni....rumah kecikjer tapi macam-macam menda nak kena buat..nipun anak teruna tengah lena tidur dengan mr kamput dapatlah mummy jenguk-jenguk mukabuku dan layan blog mummy ni.... alhamdulilah settle semua kerja,masak lunch untuk kedua2 superhero pun dah settle....moga allah swt memberi kesihatan yang terbaik untuk mummy supaya mummy dapat menjalankan tanggungjawab mulia seorang ibu dan isteri kepada 2superhero mummy tu..amin...

harini luch mummy buatkan kami 1 family nasi tomato....untuk mummy dan babah ayam masak merah makan dengan sayur bayam tumis....nak buat acar mummy dan babah bukanlah penggemar acar timun yang selalu makan dengan nasi tomato tu....lunch aisy nur rayyan sama jugak nasi tomato cuma mummy buatkan aisy ayam masak tomato dengan sup sayur...sebab semalam aisy poopoo agak keras tu yang mummy buatkan aisy hrni ader sup sayur....

resepi mummy dapat dari kawan mummy di sek setia alam...slalu mummy buat nasi tomato guna susu cair....agak muak rasanya..iyelah dengan butter lagi ader plak susu kan mana tak mual dibuatnya...tapi kalini mummy buat versi kak anis kawan mummy tu..takde susu tumis macam biasa...tapi mummy derhakakan sedikit resepi mummy buat kukus...alhamdulilah rasanya lembut,gebu gitu...serius tak tipu....tak caya try buat oky....

BAHAN-BAHAN NASI TOMATO

BERAS
REMPAH 4 SEKAWAN
BAWANG BESAR DIHIRIS
BAWANG PUTIH DIHIRIS
DAUN PANDAN
TOMATO(DIHIRIS HALUS)
BUTTER @MARJERIN UNTUK MENUMIS
TOMATO PUREE 5 SUDU
KISMIS(MUMMY TAMBAH)



CARA MASAK

TUMIS BUTTER DALAM PERIUK,TUMIS REMPAH 4 SEKAWAN,MASUKKAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH BIAR SMPAI WANGI.

 MASUKKAN TOMATO PUREE,DAUN PANDAN,TOMATO DIHIRIS DAN BERAS...KACAU SEBATI...

MASUKKAN AIR,MASAK MACAM MASAK NASI BIASA...

BILA NASI DAH SEPARUH MASAK,KACAU SEBATI MASUKKAN KISMIS DAN TUKAR KEDALAM PENGUKUS...KUKUS SAMPAI NASI MASAK DAN LEMBUT.


untuk ayam masak merah mummy try buat resepi kat blog CAHAYA CINTAKU...MINTAK izin yer tuan tanah copy paste kat blog kusam saya ni....sambil buat muka comel kelip-kelip mata mintak izin...hehee

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan2 yg di perlukan :
~ seekor ayam
~ sila potong ayam ikut citarasa yg korang nak.. basuh, lumur garam + kunyit dan goreng separuh masak.. ketepikan..

Bahan2 kisar ( kisar halus ):
~ 4 biji bawang besar
~ 5 biji bawang merah
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia

Bahan Kisar lain :
~ 15 atau 20 tangkai cili kering.. di gunting, buang sikit bijinya.. rebus sebentar.. baru kisar..

Bahan2 di hiris :
~ 3 biji bawang besar ( lagi sedap bwg holland)
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia ( aku hiris jd 3 bahagian)

Bahan tambahan :
~ 2 kuntum bunga lawang
~ seketul kayu manis
~ 2 sudu besar sos cili
~ 60 ml santan ( aku guna santan kotak je)
~ 250 ml air ( lebihkan sikit pun takpe)
~ 3 biji tomato yg di potong 4 bahagian
~ garam secukup rasa
~minyak utk menumis


Cara2MemasaK :
Panaskan minyak dalam kuali.. tumis bahan hirisan sampai layu.. layu ye bkn hangit..!
 Kemudian masukkan bahan kisar.. gaul rata.
.
Lepas tu masukkan cili kering yg di kisar.. masukkan jugak sos cili.. tumis sampai pecah minyak..
Bila dah pecah minyak sila masukkan ayam yg di goreng td.. gaul rata.. biarkan seketika..
 
Kemudian masukkan air.. ikut la banyak mana kuah yg korang nak kan..
Lepas tu masukkan santan..

Santan ni nak kasi kuah tu pekat.. kalau korang taruk lebih air, lebihkan jugak santan agar kuah tu tak terlampau cair.. dan make sure tak terlalu pekat sangat.. pandai2 ejas ye di situ..
 
Masukkan tomato.. garam.. gaul rata dan biar sampai pecah minyak lg.. agak2 tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik sikit leh la tutup api..
 
 
Untuk aisy mummy gunakan tomato puree yg homemade tp tak berapa merahlah....alhamdulilah anakteruna ngan mr kamput kekenyangan selepas membedal nasi tomato....siap tido lena kekeyangan lagi..selamat menjamu selera semua..jemput makan yer!!

Thursday, February 14, 2013

resepi tanpa nama??

ASSALAMUALAIKUM....

 puan-puan sekalian harini saya nak share resepi ciptaan sendiri ,simple tapi hasilnya sangat sedap..amat sesuai dimakan seisi keluarga terutama bagi anak-anak kecil yang masih lagi tak makan garam atau perasa tambahan...pergh!!!bunyi macam chef bertauliahjer mummy ni kan....padahal takdalah sedap manapun,jenis manusia poyo terlebih mummy ni agaknya.keh..keh...keh...

orait,sebab dah pening nak buatkan aisy sarapan apa esok pagi jadi tercetuslah idea nak menghentam saja masak....hahhahaa....bukak peti sejuk banyak plak lebihan roti mummy hancurkan,pecahkan telur 2 biji dalam roti tu dan tuangkan air sedikit biarkan sampai kembang....tengok plak cheese masih banyak terus datang idea nak lapiskan dengan roti tadi...nak lebih lengkap campur sayur-sayuran,daging so semua khasiat,vitamin,protein ada dalam masakan ciptaan mummy ni...uweeekkkkk nak muntah plak dengar macam teror bebenor.hahahhahahhaa

ok untuk resepi penuh sila lihat di bawah ni yer..alhamdulilah mendapat sambutan oleh kedua-dua juri tetap mummy..aisy dan mr kamput merangkap ketua juri..hehhee...besok pagi kukus lagi untuk sarapan aisy kerumah nenek bs...bahan-bahan semua dah sedia dalam peti sejuk...nasiblah aisy nur rayyan lepasni selalulah aisy makan makanan ni ek..sebab simple dan menjimatkan masa tenaga mummy hehehe....nama???tak tau mummy nak letak apa..pandai-pandailah korang isi nama kat resepi ni ek...hehehe





BAHAN-BAHAN

ROTI@KULIT ROTI
TELUR
CHEESE
SEDIKIT SERBUK KARI
STOK IKAN BILIS@ GARAM
CARROT(DIPOTONG NIPIS)
BAYAM
DAUNSUP
MIX HERBS SIKIT
DAGING CINCANG
BAWANG DICINCANG

CARA MASAK

ROTI CARIK2 KECIL,MASUKKAN DALAM BEKAS TUANGKAN SEDIKIT AIR DAN PECAHKAN TELUR BIAR SMPAI KEMBANG

PANASKAN KUALI DENGAN UNSALTBUTTER,TUMIS BAWANG CINCANG SAMPAI WANGI,DAGING,CARROT BIAR SMAPAI DAGING KERING DAN CARROT LEMBUT SEDIKIT,MASUKKAN BAYAM,STOK IKAN BILIS,SERBUK KARI,MIX HERB...KACAU SEBATI ANGKAT.

DALAM BEKAS...MASUKKAN BAHAN ROTI..LEPASTU LAPISKAN DENGAN BAHAN DAGING DAN TABURKAN CHEESE..SELANG SELI KAN BAHAN BUAT SMAPAI BAHAN ABIS..KUKUS SAMPAI MASAK

senangkan...semua boleh makan 1 kampungpun boleh.hahahhaha


 

secuci embun pagi!!

ASSALAMUALAIKUM...

malamni mummy kesorangan dirumah,mrkamput dan anak teruna keluar bermain badminton...peluang yang adani mummy gunakan untuk menyiapkan kerja rumah disamping menghabiskan masa bergosip dengan kawan-kawan lama yang dah lama sungguh tak jumpa di MUKABUKU akak facebook mummy...nilah gunanya laman web sosial yang ada,sentiasa dapat berhubung,bertanya kabar walaupun langsung tak dapat nak jumpa dengan kawan-kawan lama dan bekas guru-guru yang penah mengajar mummy di sekolah dulu..

malam ni mummy dan kawan-kawan dok perkatakan tentang sekolah kami yang dah naik taraf....dulu masa zaman mummy sekolah 12 tahun dulu....lamanya tinggal sekolah dah makin tua mummy ni yer....sek tu masih lagi di atas nama sek vokasional puteri...skang dahpun jadi kolej vokasional puteri....siap boleh sambung diploma terus kat situ dari start form 4...lagi 1 yang paling best tak payah amik spm..wow...beruntungnya budak2 skang yer....kenapalah zaman mummy sekolah dulu tak macamtu...lagi 1 kat sekolah tu ader cafe,salon semuanya hasil dari air tangan pelajar2 sekolah tu sendiri...

kalo diingat balik kenangan mummy kat sekolah tu sangat-sangatlah banyak...lagi plak mummy jenis nakal tahap aper ntah masa sekolah..aisy tolong jangan ikut perangai mummy okies!!dengan kuat tidurnya masa belajar...aduh!!!malu kalo dikenang balik perangai dulu-dulu lah.hahahha...belom lagi bab kena raging dengan senior,direndam dalam kolah pukul 2 pagi,jumpa hantu kat ampai pagi2 buta...wakil sekolah dalam netball,curik2 tengok tv..ponteng kelas fardu ain..aduh!!!semua tu kenangan terindah buat mummy lah..hehehhee...rindu zaman sekolah dulu.paling rindu laksa mekyam....bilalah nak dapat rasa yer...kat manalah bekas guru kelas mummy tu yang setiap kali jual laksa kat sekolah komfem akan cari mummy dulu..almaklumlah pelanggan setia hahahaha..best sangat kalo dikenang..kawan-kawan mummypun kebanyakkan dah jadi ibu dan isteri orang dah...

sempena mood mummy yang terlebih seronok mengimbas zaman persekolahan mummy ni...jom layan gambar-gambar lama mummy masa sekolah dulu ok...hehehhee....sebijik macam lelaki gangsterlah kononkan..gangster taik kucing adalah...hahahhahaha

sekolah mummy dolu2





















 suci bersih jer wajah mummy kan.....sesuci embun pagi gitu....sucilah sangatkan.hahahhahaha


Wednesday, February 13, 2013

perempuan gemuk dan hobinya!!!

ASSALAMUALAIKUM...

malam ni mummy memang penat bebenor,nak tidur rehatkan mata,badan dan otak anak teruna masih lagi segar bugar melayan channel kesukaanya..first upin ipin,tukar dengan barney..tukar plak nursery song ngan flash card di youtube dan skang channel chbeeies  kat unifi...bila entah nak tidurnya...segar semacam jer aisy malam ni,mungkin agaknya  dah pekena tongkat ali untuk tenaga agar dapat menonton semua channel peberet nya kot....

sambil dok layan si teruna bertuah mummy tu,mummypun amik lah peluang layan blog-blog masakan yang ada kat incik google...entahlah kenapa memang dah jadi tabiat merangkap hobi kalo setiap kali bukak jer lappy atau online menggunakan handphone mummy akan jenguk2 resepi yang ada....1 kepuasan rasanya bila dapat tengok,baca resepi-resepi yang ada...kalo nak ikutkan mummy nak buat memang taklah kan..cuma minat baca dan jenguk2 resepi yang best apa lagi bila lihat gambarnya..meleleh air liur tau....hehehe..belom lagi bab membeli buku resepi setiap bulan....perkarawajib yang harus mummy lakukan setiap bulan..hehee

sebabkan hobi mummy ni gaklah slalu jadi pencetus gaduh-gaduh manja dengan mr kamput.berebutkan incik lappy hahahha...mr kamput dengan minatnya dengan sukan..mummy plak dengan perangai suka bebenor tengok makanan...hahahhaa...tapikan memang sesuailah dengan mummykan....seorang perempuan gumuk yang sangat sukakan makanan...yummmy!!!!makin naik berratus kilolah berat badan mummy gamaknya...

kreatifkan...

 

puding roti lapis agar-agar kiwi..

ASSALAMUALAIKUM...

mata belum nak lelap lagi...mood kerajinan tu sangatlah tinggi nak upload gambar,story mory kat blog harini....kalo datang penyakit malasnya mummyni langsunglah tak boleh nak dikawal dan amatlah susah nak dipulihkan....jadi bila mood rajin tu datang layankanjelahkan....walaupun rasanya takda yang sudi jenguk,baca blog kusam mummy ni..tak apa...mummy menulis,meluah dan becerita tentang sesuatu yang berlaku di dalam hidup mummy untuk kenangan disuatu masa nanti..lebih-lebih lagi untuk catatan memori terindah membesarkan aisy nur rayyan....aisy baca yer blog mummy ni nanti...semua pasal aisy ade kat sini tau..hehehe...

disebabkan besok mummy dah start kerja jadi mood nak memasak untuk kami 1 family berkobar-kobarlah sikit...takde best manapun cuma untuk bekalan aisy dirumah bs besok agak banyak sikit..semua bahan dah siap mummy sediakan tinggal nak masak pukul 5 pagi mcm biasajer..siap dengan dessert lagi....cuma dessert mummy dah siapkan iyelah nak sejukkan dalam peti aiskan so,buatlah malamni...wah!!!rajin bebenor mummy aisy harini ye....bertuah aisy besok ek....mummy buatkan aisy dessert puding roti yang mummy lapiskan dengan agar-agar kiwi....aisy ni bukan penggemar jelly atau agar-agar,jadi nak bagi dia makan agar-agar tu mummy try lapiskan dengan puding roti diatasnya...alhamdulilah tadi lepas sejukkan try bagi aisy makan licin 1 mangkuk...siap joget-joget tu tandanya aisy suka dan sedap tau..hehehe..

ni resepi puding roti lapis agar-agar kiwi untuk dessert aisy besok..

bahan agar-agar kiwi


1 peket agar-agar serbuk
1 liter air

madu sikit
2 biji kiwi ~ di kisar
sedikit pewarna hijau









cara-cara masak


Sediakan acuan yang disukai
Basahkan acuan dengan air
Masak agar-agar dengan air,  
susu  Masak sebentar hingga didih
masukkan kiwi yang telah dikisar...

Tuangkan  adunan kiwi dulu di dalam acuan
Biarkan keras sedikit dlm peti sejuk untuk lapiskan dengan bahan roti..







bahan-bahan puding roti



Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
  fesh milk(375 mL)
2 biji telur( mummy tak letakpun)
1 sudu kecil esen vanilla (tak letakpun)
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1.        Masukkan freshmilk dan kacau adunan hingga sekata.
2.       Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.       Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. tuang atas bahan puding kiwi tadi..
4.       Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan



MAAP GAMBAR TAK JELAS...KAMERA HANDPHONE MUMMY CANGGIH SANGAT..HEHEHE
kalo nak tambah gulapun boleh...untuk aisy takde gula..lagipun kismis,kiwi,susu segar tu dah manis tambah plak ngan manis....anak teruna mummy ni aktif makan manis kang tak terdaya plak nenek bs aisy nak jaga hehehe....

Tuesday, February 12, 2013

26 pesanan untuk MR KAMPUT..

ASSALAMUALAIKUM....



TADI tengah dok belek mukabuku mummy tu terpandanglah satu gambar dan sangat menarik perhatian dengan tajuk pada gambar tu...amik kesempatan untuk dipaparkan di blog mummy ni..sebagai panduan dikemudian hari dan buat tatapan mr kamput mummy tu....ish!!!mr kamput bacaker blog mummy nikan???hehehe....para suami sekalian baca ramai-ramai dan sila praktikkan pada isteri-isteri anda yer....


::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
— with Bustamam Bonari.

bye..bye housewife!!

ASSALAMUALAIKUM

harini masih lagi dalam mood surirumah sepenuhmasa....walaupun besok mummy dah kena start keje...aduyai!!!macam malasjer nak mulakan kerjalah....dah 4 hari bersama anak teruna 24 jam...besok dah start balik rutin hanya bersama aisy pada waktu petang dan malam sahaja....inilah perkara yang perlu dilalui dan dikorbankan oleh mummy bila begelar seorang mummy,isteri yang bekerjayani kan...berkerjayalah sangatkan..hehehehee....tapi semua tanggungjawabkan....semua untuk kebaikan dan masa depan aisy nur rayyan  jugakkan...dan yang paling penting demi kehidupan mr kamput family...mummy,babah,aisy dan bakal adik-adik aisy nanti insyaallah....opssss bakal adik aisy....verangan lah plak mummy ni kan.heheee

seronok sangat mummy rasa bila bekesempatan menjadi surirumah sepenuhmasa ni walaupun hanya 4 hari...tupun dah sangat bermakna untuk mummy selalu hanya berpeluang 2 hari jerkan..hehehhe...lagi plak kalo cuti panjang mesti aderjer agenda kami satu sekeluargani...tapi berlainan dengan cuti tahun baru china kalini...mummy dan mr kamput plan hanya duduk dirumah menghabiskan cuti yang 4 harini...kalo keluarpun sekitar shahalam sahaja...nak elakkan jam terlampau macam cuti thaipusam haritu...memang serabut kepala lebih-lebih lagi bila aisy asyik mengamuk sebab penat seharian di dalam kereta....memang naik pening kepala mummy dibuatnya...perjalanan yang hanya 1 jam lebih jadi 5 jam disebabkan jalan yang terlalu jam...

so harini untuk mummy ucapkan bye..bye...dengan pekerjaan mummy selama 4 harini...surirumah sepenuhmasa....tunggu sabtu ahadlah plak untuk bekerje sebagai housewife balik....aduhh!!!besok baru rabu...cepatlah sabtu,ahad.....ish!!!!ish!!!!nampak sangat pemalas mummy ni...hanya tunggu weekend jerkan...hahhahahhaa...

Monday, February 11, 2013

PANDUAN MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W


ASSALAMUALAIKUM....
 
Mata mummy belom nak lelap lagi walaupun jam dah pukul 1.30 pagi...aisy...dah lama lena selepas menumpahkan 1 rumah dengan nasi dan air yang konon-konon hendak dimakan serta diminumnya....mr kamput lepas selesai main badminton hanya minum segelas air penghilang dahaga,terus melekap didepan tv melayan bola live pasukan peberetnya MANCHESTER UNITED menetang EVERTON....suami..suami....peluh masih penuh dibadan lgsg tak dipedulinya gara-gara BOLA....uishhh!!!aisy jangan ikut perangai babah yer sayang..hehehhe
 
entahlah tetibajer malamni mummy terpanggil untuk baca dan lihat cara rasulullah S.A.W mendidik anak...mummyni bukanlah seorang ibu yang sempurna apalagi penuh dengan sikap serta sifat sabar yang tinggi...jujur mummy akui,dengan perangai aisy  yang makin lasak....kadang-kadang sifat sabar mummy tu hilang....jika nakdibandingkan mrkamput denganmummy....mrkamput lebih tinggi nilai dan tahap kesabarannya dari mummy...mungkinsebabtu aisy lebih rapat dengan babahnya dari mummy sendiri...
 
insyallah lepasdah baca cara rasulullah s.a.w mendidik anakdan cara mendidik anak mengikut islam mummy akan cuba akan praktifkan dalam mendidik aisy nur rayyan,....moga tahap kesabaran mummyni lebih tinggi dari sebelumnya....tetiba plak mood emosi bilatengok wajah aisy yg sedang lenatidur.....kesian,selalu kenamarah,jerit n sekali skala kena pkl ditapak kaki dengan mummy....maap ye sayang!!!...mummy nak aisy jadi anak yg soleh dunia akhirat...insyaallah lepasni mummy akan jadi mummy yang terbaik untuk aisy....amin...

kat sini mummy share ilmu yg sangat berguna mummy dapat harini,untuk peringatan diri mummy dan mrkamput dalam mendidik aisy menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat amin..


 

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

CARA RASULULLAH S.A.W MENDIDIK ANAK
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ANAK BERTUAH MUMMY....KESIANNYA BILATENGOK  WAJAH AISY TIDO  

Sunday, February 10, 2013

selamat hari lahir DAYYAN AHMAD..

ASSALAMUALAIKUM.....
alhamdulilah,masih lagi mummy di beri peluang bernafas di bumi ciptaan allah swt ni...harini hari ke 2 mummy menjadi surirumah sepenuhmasa....cuma beza kalini dan harini tidak sepenuhnya dirumah...menghabiskan masa melayan anak teruna berenang di pusat akuatik di shahalam ni..dah lama tak membawa si bujang kesayangan mummy tu swimming kan....masa mr kamput yang sangat terhad,kadang-kadang weekend takde dirumah sibuk di tempat kerja dan ke kelas. harinijelah cuti yang mummy dan mr kamput sama-sama dirumah untuk melayan karenah aisy nur rayyan kesayangan mummy dan babah....

barulah mummy teringat yang harini 10 febuari hari ulangtahun Dayyan ahmad yang ke 5 tahun...alhamdulilah dah besar dayyan mummy tu yer..sekejapjer masa tu berlalu...dah makin bujang si Dayyan...rasanya barujer mummy jaga dayyan,dia masih baya-baya aisy sekarang ni....cepatnyalah setiap detik waktu tu berjalan.....ni bermakna juga usia mummy ni makin meningkat..dulu masa mummy jaga dayyan mummy masih bujang skang dah kahwen dan punya anak yang nak masuk 2 tahun usianya.....ayo..yo..makin tua rupanya mummy ni yer...hehehe

sapa tu DAYYAN AHMAD....mummy pernah cerita pasal dayyyan mummy tu kat blog mummy ni dulu....salah seorang jejaka pujaan hati mummy jugak tu tau..hehehee.....dulu mummy pernah jaga dayyan ni dari usia baby smpailah dia 2 tahun...masa tu mummy keje di taska...belum kahwen dengan mr kamput lagi..skang dayyan dahpun besar dah masuk 5 tahun usianya..sempena birthday dayyan harini teacher nak wish dayyan ahmad,teacher doakan dayyan panjang umur,murah rezeki,jadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat...amin....ni kek untuk dayyan...tengok puas-puas...nanti jumpa teacher bagi kek real punya ok..hehhehe

comelnya kek ni yer!!!



nilah DAYYAN yg dah bujang!!







Saturday, February 9, 2013

housewife hanya untuk 4 hari!!!

ASSALAMUALAIKUM....

alhamdulilah,masih di beri peluang oleh allah swt untuk bernafas dibumi allah ini,menjadi isteri,ibu serta menjaga kedua-dua insan yang mummy sayangi,cintai aisy dan mr kamput kesayangan mummy  itu selamanya ... harini sabtu dah 9 hb febuari 2013...memang bila tibanya jumaat sabtu ahadlah hari yang sangat ditunggu oleh semua insan yang mencari rezeki untuk keluarganya..terutama sekali pada diri mummy sekalilah...ayat tak boleh blahkan,bagi tau jelah yang mummy jer paling excited didunia tunggu hari sabtu,ahadkan..abis cerita jimat tenaga nak menaipkan..kan,.kan...kan....hehehhehehe

mana tak excitednya memang time weekend jerlah nak abiskan masa dengan anak teruna dan menjadi surirumah sepenuh masa...semua kerja yang sepatutnya seorang isteri buat dan lakukan hanya dapat mummy realisasikan masa hari cuti bekerjelah...ish...ish!!!bukan bermaksud hari yang mummy bekerje mummy tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu ok...memasak,mengemas wajib setiap hari.cuma masa tu agak terhad...pagi-pagi dah keluar rumah untuk ke sekolah,petang baru balik kerumah...masa yang ada sangat sedikit berbanding hari cuti ni...terutama sekali bab masa dengan anak teruna kesayangan mummy tu...kesiankan kecik-kecik lagi dah kena tinggal...takpa semua tu untuk masa depan aisy jugak nanti ye sayang...aisyni kalo cutipun tetap akan bangun awal,macam harini pukul 6 pagi dah bangun,bangun plak terus mintak makan...nak tido balik punyalah susah...slalunya pukul 12 lebih barulah aisy akn tido balik...nasiblah aisydah boleh bantu mummy kemas rumah...so,takdelah istilah mummy kena tunggu aisy tidur baru boleh siapkan keje rumahkan....cuma time nak masak mummy kena bagi aisy main senduk dan periuk untuk diamkan aisy dari kacau mummy masak,,memang 1 umah bisinglah dengar ketukan dari aisy...tahanjelah telinga dan hati mummy ni asalkan tugas didapur mummy selesaikan...nasiblah ko incik periuk setiap minggu jadi drum si aisy nur rayyan ni..jangan bocor sudah periuk kesayangan mummy tu udahlah ek...

tapi kalini agak berbeza sedikit dari minggu-minggu yang lepas sebabnya kalini mummy menjadi housewife selama 4 hari...bangga rasanyakan...seronok..dapat abiskan masa dengan 2 orang superhero mummy tu...nasiblah besok tahun baru china..dapatlah merasa cuti 4 hari...oh!!!itu dah sangat bagus untuk mummy yang bekerje ni....kena hargai dan di isi dengan sepenuhnya peluang selama 4harini kan..aduh!!!!kesiankan....bilalah nak merasa jadi housewife full time ni yer???tapikan kesian dekat jiran-jiran mummy sekeliling...yelah terpaksa menahan telinga jeritan dari mummy selama 4 hr bila setiap kali aisy lakukan sesuatu yang menguji kesabaran mummy.hahhahahhaha....maap yer jiran-jiran semua...suara saya ni sangat lemak merdu sebab tu saya suka testing peti suara sayani untuk tatapan telinga anda semua..hahahhahahhaa..

walaupun  keje kat rumah ni tak pernah nak abis...tapi mummy happy bila dapat bersama dengan dua superhero mummy ni....aisy memang tak payah cakaplah masanilah nak buli mummy sepenuhnyakan...kejap-kejap buat hal....naik penat gak melayannya..siap pakej tido nak berdodoi bagai lagi...keh..keh....keh..bijak sungguh membuli mummy ye sayang!!!....pada semua suri rumah diduniani,berbanggalah ye menjadi surirumah sepenuhmasa...sangat mulia kerja anda tu!!!dapat luangkan masa dengan anak,suami dengan banyaknya....serius sangat cemburu dengan perempuan yang bergelar ibu bejawatan surirumah sepenuhmasa!!!!

macamnilah agaknya rupa mummy bila diamik gambar jadi housewife fulltime kot..hehehhee

Thursday, February 7, 2013

HAPPY BORN DAY MR KAMPUT!!!

ASSALAMUALAIKUM

alhamdulilah harini genaplah usia mr kamput mummy yang ke 30...wow...wow...dah tua mr kamput mummy yer,dah masuk 3 series gitu..hehhee..ish..ish..nasiblah lahir di awal tahun...agak untung bila mummy ni lahir ujung tahun yer...bolehlah cover faktor usia tu bila orang tanya..hahahhaha..dasar orag tua tak sedar dirikan....2013 ni mummy dan babah aisy dah 30 tahun pun....keh..keh...gelakkan diri sendiri bila dah masuk 3 series..:)

takde hadiah istimewa dari mummy untukmr kamput kalini..hanya sehelai kemeja....tapi harga tetap boleh tahan yer!!!hehehe....tapi kasih sayang,cinta mummy pada mr kamput takde yang boleh hitung banyaknya...insyaallah tahun depan aisy dah boleh wish sendiri happy birthday kat babah ye sayang....
sempena hari lahir mr kamput harini mummy doakan suami mummy merangkap BFF hingga ke syurga diberi kesihatan yang terbaik,murah rezeki dan sentiasa sayangkan mummy dan aisy selamanya...

niat hati harini nak lah makan special sikit diluar,tapi tetiba mummy tak sihat..demam sakit kepala macam nak pitam jer so tukar plan hanya makan  dirumah..insyaallah amik masa cuti ni celebrate birthday mr kamput..sorry ye sayang!!!takde yang special hari lahir tahun ni... :)

terimalah kek yang special untuk tatapan sayang yer....nak makan tak boleh so layan gambarjerlah okies..keh..keh...keh...

sedappppppnya kek ni yer??yummy...



Sunday, February 3, 2013

aisy kesayangan mummy!!

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulilah,dah masuk 3 febuari 2013 harini...harini jugak genapnya umur anak teruna kesayangan mummy aisy nur rayyan 1 tahun 7 bulan....doa mummy aisy sentiasa berada dalam lindungan allah swt..di berikan kesihatan yang sentiasa terbaik,menjadi anak yang soleh taat kepada perintah allah swt,hormatkan mummy dan babah...menjadi anak yang membanggakan keluarganya,cemerlang dunia akhirat...amin ya robal alamin....

yang mummy dan babah harapkan doa siang malam aisy cepat bercakap...lagi 5 bulan usia aisy 2 tahun....mummy dah mula risau bila aisy lgsg tak pandai sebut 1 perkataanpun walaupun mummy ataupun babah...memang aisy faham apa yang mummy cakap dan suruh tapi bila ramai budak2 baya aisy dah mula petah bercakap hati mummy sebagai seorang ibu dah mula runsing dan risau...belum lagi dengan mulut-mulut manusia yang asyik samakan aisy dengan anak-anak mereka yang dah becakap...serius mummy sangat susah hati...ya allah,lembutkan lidah anakku untuk menyebut kalimah sucimu ...amin..

disebabkan harini genap aisy 1 tahun 7 bln,jadi mummypun dengan rajinnya genap pukul 12 mlam 3hb febuari 2013/......mummy besengkang mata menukar layout blog dan gambar blog mummy.hehehheee....kiranya blog harini berwajah barulah..hehehhehee...bunyi macam susah bebenor nak buatnyakan...padahal senangjer semua dah ader incik google sediakan....keh..keh..keh....so apa pendapat youall rumah baru mummy ni..cantik tak?????pleseeeeelah bagitau cantik..:)

kesayangan mummy selamanya!!