JellyPages.com

Thursday, March 14, 2013

SAMA TAPI TAK serupa!!

ASSALAMUALAIKUM....

harini mummy nak share gambar baju mummy dan mama yanie aisy masa kecik-kecik dahulu kala...tokmak aisyni memang suka sangat boriakan mummy dan mama aisy ni..maybe sebab nak bagi orang sekeliling tahu yang kami ni adik beradik kot.hehehe..almaklumlah warna kulit,muka kami sangatlah berbeza...mummy si hitam mama yanie si putih....dah macam bendera pahang plakkan..ahahhaa...lagi pun skang fesyen dah berbalik ke zaman dahulu kala...so terjadilah baju dan fesyen yang lebih kurang sama masa zaman mummy dan mama yanie pkai zaman kanak-kanak dulu..nak tengok.. jap mummy uploadkan yer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SIPUTIH DAN SIHITAM VERSI DAHULU KALA



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 SAMA tak DENGAN BAJU YG kami pkai tu???lebih kurangkan..ader reben dan polkadot.hehhehe
.
.
.
.
.
.

.
.
.
yang ni plak si hitam dan si putih versi moden hahahaha..
 SI PUTIH DAN SIHITAM VERSI ZAMAN MODEN


penghapus dosa-dosa kecil

ASSALAMUALAIKUM..

baru harini berpeluang menjenguk blog kusam kesayangan mummy ni...alhamdulilah harini diri mummy dah sihat sikit...besok masuk hari ke 5 dah merangkap seminggu mummy tak bekerje...mummy tak berapa sihat...sakit di bahagian peranakkan..3 hari berturut-turut berulang di PPUM jer...alhamdulilah harini mummydah ok sikit....harap sepenuhnya sihat macam biasa amin....redho dengan segala ujian yang allah swt berikan...mungkin ni balasan ke atas kealpaan mummy pada yang maha pencipta kan....sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecik!!!jadi mummy terima seikhlas hati...insyaallah pasti ada hikmah dengan apa yang allah swt telah tuliskan untuk mummy serta babah...

doktor dah  nasihatkan mummy dari makan makanan yang bukan-bukan..kurangkan pedas,asam...yang paling tak tahan doktor siap cakap faktor kegemukkan jugak boleh mengakibatkan penyakit senang datang...aduh!!!doktorpun cakap mummy ni gemuk tau..berat badan naik berpuluh-puluh kilo...insyaallah lepas ni nak cuba control dan kawalkan sikit nafsu makan mummy ni...taknak yang manis-manis...yang banyak kalori ni...takut bila faktor umur makin meningkatkan...lebih lebih lagi bila tengok perut mummy yang sangat buncit...dah macam prenen 3 bulan plak...uh!!!serius malu dan pening  bila pikir nak kuruskan balik badan macam dulu-dulu..hehhee

isnin 11 mac 2013 haritu mummy dan aisy pergi klia untuk anta moyang aisy..nenek pada mummy puan sharifah zainab menunaikan umrah...mr kamput mummy tak dapat join skali sebab kena keja...so,mummy jelah ngan anak teruna yang pergi ke klia dengan ahli family sebelah tokmak aisy ni...mummy mintak moyang aisy doakan anak teruna mummy ni cepat bercakap...doa di tanah suci kan di makbulkan allah....insyaallah satu hari nanti mungkin giliran mummy dan mr kamput plak untuk kesana sapa tahukan....sapa yang taknak ke rumah allah swt kan....mummy tak sempat nak amik pic masa di klia..sibuk mengawal anak teruna yang tak henti-henti berlari ke sana sini...s0,cilop kat fb orang jerlah yer..heheee

gergasi manalah sebelah kanan tu ye berseluar purple?




Wednesday, March 6, 2013

homemade KFCM...

ASSALAMUALAIKUM.....
 
mingguni mummy tak berapa nak sihat..sakit perut macam ader menda jer dalam perutni..nak ckp prenen tak..entahlah sakitnya smpai ke pinggang..mudahan allah swt beri kesihatan yang terbaik untuk mummy..amin...
 
malamni mummy nak share menu lunch aisy ke rumah nenek harini...mummy buatkan aisy tomyam putih sayuran dan ayam goreng yang mummy namakan KFCM..kentucky fried chicken mummy hahahhaa...rasa seakan ayam goreng kfc original..respons dari 2 orang pengkritik masakan mummy alhamdulilah kedua2nya sangat sukakan ayam goreng mummy ni....siap makan sambil tengok tv dah macam gaya makan pisang goreng plak..hehhee...simple dan yang penting kalo mummy dan babah nak makan kfc dan yang sewaktu dengannya mummy bekalkan KFCM air tangan mummy untuk anak teruna kesayangan mummyni...
 
BAHAN-BAHAN
 
 AYAM
(MUMMY selalu amik bahagian dada dan hiris nipis dan memanjang bagi senang aisy makan)
 
bawang putih(dicincang halus)
 
halia(dihiris halus)
 
lada hitam sedikit
 
garam
 
telur
 
tepung
 
bread crumb
 
sedikit sos bijan
 
 
CARA MASAK
  
 
perap ayam dengan halia,bwg putih,ladahitam,garam dan biarkan seketika..
 
pukul telur,celup ayam dalam telur,tepung dan last bread crumb goreng garing...siap.. 



Tuesday, March 5, 2013

banana bread pudding!

ASSALAMUALAIKUM..
 
mengantuk letih sangat harini mood nak berblog ada tapi mata memang nak tertutup sangat..jadi mummy upload gambarjerlah ek..resepi simple sangat...mcm buat puding roti biasa cuma mummy selang selikan bahan roti dan dilapis dengan pisang..konon2 nak buat macam coklat banana kek di secret resepi..tapi ni jer yang mampu mummy sediakan untuk aisy..hehee...jadilah kan sayang asalkan ader rupa sikit2 kek kat secret resepitu sudahlah.hahaahha
 
MUMMY PUNYA YG ADA TOPPING COKLAT..

 AISY NUR RAYYAN punya




Sunday, March 3, 2013

happy birthday aisy!

ASSALAMUALAIKUM...

aduh!!! baru mummy perasan harini 3.3.2013...cantikkan tarikh tu...harini barulah mummy teringat yang usia aisy nur rayyan genap 1 tahun 8 bulan...aduh!!!dah besar teruna mummy..dah makin pandai...bijak....lagi 4 bulan 2 tahun dah usia aisy...aisy mummy doakan aisy diberi kesihatan yang terbaik,panjang umur,jadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat,menjadi kebanggaan mummy dan babah serta seorang anak yang hormatkan kedua ibu bapanya dan yang paling penting taat segala suruhan allah serta rasulnya...mummy dan babah sentiasa sayangkan aisy tau dunia akhirat..love u my baby boy...happy birthday 1 tahun 8 bulan sayang..muahhh...

permata hati mummy dan babah selamanya aisy nur rayyan

aiskrim goreng di pagi hari!!



ASSALAMUALAIKUM...

pagini mummy buatkan sarapan mummy dan mr kamput aiskrim goreng....senang...lagipun mummy dah bekukan dari malam tadi lagi.....aisypun mkan menda yang sama cuma dalamnya gantikan aiskrim mummy letakkan kismis....hehehee....alkisahnya kawan mr kamput baik hati bagi aiskrim coklat yang 6 liter besarnya...banyak sungguh tupun dah dibahagi di rumah babah old aisy still tak abis-abis lagi..kalo mummy bab aiskrimni mmg agak kurang....mr kamput yang penggemar aiskrimtupun bleh mengalah sebab muak bila tengok banyak sangat aiskrim kat rumahni..hehehehe..dari membazir macamtujer mummypun buatkanlah aiskrim goreng untuk kami makan dipetang hari...tapi disebabkan mummy malas harini jadilah sarapan kami laki bini aiskrim goreng jer harini.hehehehehe

sangat mudah dan senangjer nak buat aiskrim gorengni....aisypun bleh buat tau.hehehhe...sebelumni dah beberapa kali mummy buat aiskrim goreng tapi kalini first tme jadi sarapan kami laki bini selalu makan dipetang hari.hehhee..resepi ader kat bawah ek...

BAHAN-BAHAN

Bahan-Bahan : 
  • Roti (sy guna roti Gardenia)
  • Ais Krim Coklat (sy guna brand WALLS, kalau nak buat ais krim sendiri pun boleh. Klik SINI)
  • Telur dipukul (macam buat telur dadar)
  • Nestum Keluarga
  • 2 cawan Minyak - untuk menggoreng
Cara-Cara : 
  1. Lembapkan 2 keping roti dengan air biasa.
  2. Kemudian letakkan ais krim atas roti tersebut dan kapit dengan lagi satu roti.
  3. Ambil something yang bulat untuk tekap roti tersebut. Contohnya cawan plastik. (sy guna botol air bulat)
  4. Kemudian kemaskan tepi roti dengan air. Pastikan roti tak terbuka.
  5. Celup dalam telur yang telah dipukul.
  6. Gaul pula dalam nestum.
  7. Ulang langkah 5 & 6 jika nak tebal. (sy ulang 2 kali)
  8. Simpan dalam bekas & letak dalam peti hingga roti & ais krim keras.
  9. Pastikan roti tak bersentuh antara satu sama lain. Nanti dah keras, roti tu melekat. Jadi sy cadangkan masukkan roti tu dalam plastik satu2.
Cara Menggoreng :
  1. Panaskan minyak hingga betul2 panas.
  2. Gorengkan roti yang telah keras selama 10 saat / nampak kekuningan.
- See more at: http://shabbychubby.blogspot.com/2011/10/resepi-ais-krim-goreng.html#sthash.G6JQdhdq.dpuf

roti
aiskrim coklat
telur(takletakpun takper)
MINYAK untuk menggoreng


CARA MASAK

LEMBAPKAn 2 keping roti dengan air biasa.
kemudian letakkan aisrkrim atas roti dan kapitkan dengan 1 keping lagi roti,
ambil bekas air atau bekas yang ader permukaan bulat(mummy guna acuan telur yg selalu mummy masakkan aisy)untuk tekapkan roti tadi.
kemaskan tepi roti dengan air..pastikan aiskrim tak keluar..
simpan dalam plastik dan bekukan 1 malam sebelum digoreng esok pagi...




Saturday, March 2, 2013

kek batik mr kamput!!

ASSALAMUALAIKUM..

selamat berhujung minggu semua,harini mummy agak letih sikit berbanding weekend sebelumni...anak teruna demam,nak berkepitjer dengan mummy...langsung tak boleh nak buat kerja rumah...tapi aktifnya still macam biasa...terpaksalah mummy melayan mood orang yg tgh demam menonton upin ipin dan bermain badminton di dalam rumah sendiri...hehehhe...mr kamput harini pulak keje pagi jadi memang 1 hari mummy dengan aisyjer dirumah...

mood nak masak tu memang terlebih over kalo weekend..dah lama mr kamput mintak mummy buatkan kek batik peberet mr kamput..tapi baru harini mummy dapat buatkan....selalu nak buat adajer bahan yang takde..biskut marie yang kaler putih tu memang cepat abis kalo di kedai bawah rumah ni..ader pun yang perasa kopi..mr kamput tak berapa nak suka terus cancel nak buat biskut batik...alhamdulilah harini niat suami kesayangan mummy nak makan kek batik tertunai sudah...yang bestnya kalini mummy ader pembantu chef tolong mummy buatkan kek batik untuk mr kamput..sapa lagi aisy nur rayyanlah..hehehe..mood nak berkepit dengan mummy dan susah nya tido siang hari terpaksalah mummy bawak aisy skali didapur membantu mummy..hehehe...nasiblah kek batikni simplejer caranya so,bab patah dan karatekan biskut tu tugas aisy nur rayyanlah..hahahhahha...untuk lebih menyelerakan mummy buatkan topping coklat atas kek batik tu...alhamdulilah mr kamput suka sangat ngan kek batik yang mummy dan aisy buatkan...tapi kesian dekat aisy mummy tak bagi aisy join skali kek  batikni sebab macam tak sesuaijer kandungan bahan yang ada kat dalamnya....sorry yer sayang nanti mummy try buat kek batik versi baby punya ok!!


kek dideko oleh chef aisy nur rayyan..abis 1 botol coklat urai mummy dituangnya atas kek..   







selamatkan malaysia tanah darahku

ASSALAMUALAIKUM....
 
sudah beberapa hari blog mummy ni tak dijenguk,penat sangat letih bebenornya mummy ni setiap kali balik dari sekolah....mungkin disebabkan faktor usia yang makin meningkat agknya...kurangnya stamina dan keupayaan yang tinggi dalam diri mummyni tu yang mudah sangat penat dan letihnya...tapi rasanya masalah yang lebih tepat lagi adalah disebabkan faktor kegemukkan...badan bila dah makin berisi memang mudah letih dan asyik rasa malasjer...hehehhe
 
malamni mummy dan mr kamput asyik dok tunggu berita tentang perkembangan di lahad datu sabah...tentera malaysia yang sedang berperang dengan penceroboh sulu...sampaikan memang tak rasa nak tidur gara-gara risaukan keselamatan dan keamanan di sabah terutama di lahad datu...sabahtu tempat lahir,negeri kelahiran mr kamput.....semua ahli keluarga mr kamput ada di sabah dan juga di lahad datu....macamner tak risaunya hati mummy dan mr kamputni....lebih-lebih lagi bila ader unit komander polis malaysia dah terkorban 2 orang!!!dah macamkes digaza palestin plak cuma skang berlaku di malaysia...tak aman damai lagiker malaysia sekarang ni??? ya allah ya tuhanku lindungilah tanah tumpah darahku yang tercinta malaysia dari penceroboh-penceroboh durjana yang hanya ingin memporak perandakan keamanan negara kami..amin ya robal alamin...
 
mummy harap sangat semua rakyat malaysia bersatu hati tak kira kaum,bangsa demi tanah air kita malaysia yang tercinta ni..lupakan soal politik yang tengah sibuk skang diperkatakan....samalah kita doakan kesejahteraan rakyat-rakyat dipulau borneo terutama di lahad datu terselamat dan boleh hidup seperti biasa...bila dipikir-pikir mummy jadi takut sangat,dahlah malaysiani ramainya orang filipina...ramainya pendatang asingkan...macam-macam boleh jadikan..nauzubillah..mintak dijauhkanlah...kenapalah penceroboh sulu ni nak mengaku yang sabah tu tanah diaorng,mungkin sebab bila tengok malaysia ni sangatlah maju dan aman damai kot....lupakanlah hasrat dan angan -angan kosong anda nak amik sabah dari malaysia....dah tertulis di sejarahpun kan sabah memang untuk malaysia...baliklah jangan ganggu keamanan negara kami....

harap lepasni takde lagi berlaku perkara yang menakutkan seluruh rakyat malaysia....moga allah swt melindungi perjuang-perjuang negara kita di lahad datu...untuk wira negara yang terkorban semoga kalian ditempatkan di kalangan ahli syurga..amin....



 tolonglah balik....jgn kacau rumah org tau!!