JellyPages.com

Friday, April 15, 2016

HOLIDAY KE CAMERON HIGHLANDS

ASSALAMUALAIKUM

sekarang ni musim panas melampau,dijangka sampai bulan jun nanti cuaca panas melanda MAlaysia ni. awal bulan 4 haritu mommy 1 family termasuk semua adik beradik mommy dan tokmak aisy n arryan bercuti ke Cameron highlans. Ini kali ke 3 Aisy pergi dan pertama kali bagi Arryan. MAcam biasa percutian kalini di sponser oleh untie NANA merangkap banker family MR BOB hehehehe....Terima kasih untie NANA tahun depan sponser holiday ke LAngkawi plak ye...

Kami ke sana dengan 2 buah kereta. Bertolak dari rumah Tok abah Aisy & Arryan pukul 10.30pagi dan smpai ke Brinchang pada pukul 12 tgh hari. Cuaca dekat sana panas tapi angin yang kuat membuatkan cuaca yag panas jadi nyaman dan selesa... Mommy agak risau sebab sebelum tu Arrayan kena demam dan batuk. Tapi alhamdulilah Arryan sihat dan batuk Arryan hilang masa di CAmeron. Tempat pertama kami sebelum chek in hotel di kebun teh Cameron Valley menikmati teh dengan suasana kebun teh yang nyaman di Tea house. Walaupun masa tu hanya weekend biasa tapi ramai pelancong yang datang dan  jalan di CAmeron pun jam teruk. Mula-mula Aisy smpai dan tengok pemandangan kebun teh Aisy cakap"mi cantiknya tempat ni..sejukkknya"nampak tak betapa happy nya Aisy berada di tempat yang nyaman dan tenang hehe. Almaklumlah kalo di Shahalam kena bekurung di umah jer panas plak tu cuacanya.. Lama Aisy berdiri memandang kebun teh jakun gaknya ahhahaahhahhaha..... KAmi dekat situ dalam 1jam sempatlah menikmati aiskrim malaysia asli perisa strswbery,babah minum teh ,mommy cheese kek strawbery...semunya menu berasaskan strawberylah kan..hahaha


Kami chek in pukul 1.30 tgh hari di REGENCY APARTMENT terletak di Brichang. rehat,solat dan makan tengahhari di situ petang baru kami keluar ke strawbery farm tempat wajib kalo pergi ke cameron..menikmati menu strawbery yang pelbagai. Pada malam nya kami ke pasar malam yang terletak di depan hotel tempat tinggal kami. malam tu mommy tak berpeluang membeli apa-apa pun hanya makanan yang mommy dapat beli walaupun 2 kali ke pasar malam..Aryyan buat amukan semua otromen nak dibelinya...dah lah dengan cuaca yang sejuk sangat terus hilang mood nak membeli barang-barang untuk dibawa balik ke shahalam.

malam tu memang hero-hero mommy pakai baju 2 lapis lengan panjang dengan stokin sejuk sangat...tido sangat-sangatlah lena dan nyaman sekali. hari ke 2 kami ke taman rama-rama dan taman lavender. kat taman lavender dah tak banyak gambar mommy amik abanga isy je yang sempat berposing gara-gara seklai lagi Arryan amukan disebabkan otromen...dia ingat ke CAmeron  nak buat misi mencari otromenke??setiap kali jumpa wajib beli..hahahahhaha

review mommy dengan hotel penginapan kami tinggal..apartmen memang besar selesa sangat untuk family besar kami ni..tapi yang tak best nya servis lembap..masuk bilik tuala takde,sabun takde,cerek air takde,alas kaki pun takde..semua kena mintak.dah mintak bukan terus dapat.2 kali ke kaunter tengah malam baru di hantar.yang paling tak syok lif rosak 1 je lif boleh guna tupun lif kecik.kami tinggal tingkat 8 dengan orang ramainya so tgu nak naik lif je dah dekat 1jam..

tapi ke cameron kalini memang besat lagi plak aisy dan arryan dan besar. abang aisy dah faham erti seronok bila pergi holiday dah tau berceritadengan kawan walaupun arryan hanya tau misi pencarian otromen jer hahahaa