JellyPages.com

Thursday, October 23, 2014

sup tepung aka pan mee!!

assalamualaikum...

sebenarnya dah lama sangat mummy terliur nak makan sup tepung aka pan mee!!first makan masa zaman sekolah 14 tahun dulu..masa tu kawan mummy yang memang teror buat sup tepung ni yang buat!!!kawan mummy ni mix cina mak dia cina so mmg sup tepung ni makanan harian family dialah...masatu zaman ddk asrama,balik cuti sek bulan 12 ingatkan nak tunjuk teror kat mak abah dan adik2 mummylah pandai masak sup tepung hampehhh langsung tak jadi hahahahha...spoil mood betul!!!siap kena gelak dgn 1 family lagi tau!!lepas tu terus insaf nak try masak..sampailah terjumpa ah cheng laksa kat giant!!start makan balik pan mee...tp takdelah setiap hari dok bedal jarang2 bila terasa nak makan je...last2 entah mcmne dok sibuk berwhatsapp bagai kat group sekolah terceritalah pasal sup tepung ni!!mintak resepi, try buat bagi adik2 mummy , mrkamput, aisy dan arryan makan dan resultnya alhamdulilah positif bab kata aisy emmm ,dapp!!! hahaha..dengan bangganya mummy share resepi kat sini yer sangat senang dan mudah!!!

pan mee aka sup tepung!!

bahan-bahan mee

tepung gandum
air 
telur(mummy tambah 1 biji)
sikit garam
minyak

cara masak

campur semua bahan uli smpai tepung tak melekat di tangan..bulat2 kecikkan ketepi kan sekejap..

bahan-bahan sup

ikan bilis

sawi(mummy guna bayam

kiub ayam(mummy guna air rebusan ayam yg dijadikan stok sbb arryan nak makan )

fishcake
crabfillet(mummy tambah)

cara masak
panaskan minyak sedikit, goreng ikan bilis smpai garing..masukkan stok ayam atau air biar mendidih dan ikan bilis jd putih...

masukkan tepung yg diuli tadi canaikan nipis dan carik2 @ gunting masukkan dlm sup yg mendidih..

masukkan fish cake ,crab dan bayam biar sekejap sebelum tutup

makan dengan bwg goreng,isi ayam dicarik dan cili jeruk mmg terangkat!!







No comments:

Post a Comment

luv u comment