assalamualaikum
mummy nak share satu ilmu yang sanga berguna yang mummy baca kat 1 blog ni(maap sangat mummy lupa nama blog tu)sangat berguna untuk ibu bapa amalkan...
Cara Mendoakan Anak
As salamu'alaikum shbt yg mulia. Nabi SAW bersabda: Tanggungjawab ayah yg paling utama ialah memberi anak nama yg baik2 & mendidik akhlak. Anak sering lupa apa yg ibubapa cakap, tapi mrk akan ingat apa yg mrk lihat ibubapa lakukan! Justeru, ibubapa wajib peka dgn setiap amalan & tindakan mrk. Sentiasa doakan di kepala anak hingga anak aqil baligh: 1. Fatehah, 2. Ayat Kursi, 3. Surah Al Insyirah sbg usha agar anak jadi anak yg soleh & pintar. Di antara waktu yg paling mustajab utk didik anak ialah dgn memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:
1. Sebelum anak tidur,
2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dgn bercakap dlm hati atau bisik di telinga),
3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT,
4. Selepas anak mandi,
5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau,
6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.
7. Selepas anak riadah atau bermain,
8. Selepas anak di doakan di kepalanya,
9. Bila anak terangsang emosi (spt lepas kena marah).
Pastikan anak2 mkn mlm sebelum maghrib (ikut Sunnah) utk mudah belajar di waktu mlm. Jika anak tak habis mkn, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, drp MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat org Melayu saja yg menegah amalan tersebut. Tapi jika anak2 nak mkn dulu sbb ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UTK AYAH. Jaganlah suruh ayah memakan makanan & lauk pauk lebihan anak2. Malahan, makanan utk pembantu rumahpun patut di asingkan utk menghargai mrk. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah. Inilah adab utk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.
Sumber : Dato Fadzilah Kamsah
Comments
Post a Comment
luv u comment