ASSALAMUALAIKUM
Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..
Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!!
BISMILLAH HIROHMANIROH HIM....
" Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "
Bacalah ayat ini tiap kali sebelum keluar rumah....
InsyaAllah kita 'tidak dapat dilihat' oleh mereka yg ingin berbuat jahat terhadap kita
terutamanya orang kafir....
Wallahu'alam....
SELAIN ITU AYAT INI SANGAT SESUAI DIAMALKAN APABILA ANAK-ANAK MENANGIS MALAM TANPA KITA TAU PUNCANYA.MOMMY MEMANG AMALKAN ALHAMDULILAH BACA DAN TIUP DIUBUN-UBUN HERO2 MOMMY ANAK-ANAK MOMMY YANG MERAGAM KEMBALI DIAM MACAM BIASA.
Bila sesuatu perkara tu sudah menjadi kebiasaan bagi kita,
insyaAllah kita TIDAK akan lupa sampai bila²....
So, macam tu la juga DOA......
Bila kita sudah terbiasa, secara AUTOMATIK nya kita sentiasa amalkan dan baca. Ada juga yang bagitau kalo amalkan ayat ini insyaallah kita akan selamat dari sekatan jalanraya samaada dari polis atau JPJ.Mommy belum ada pengalaman lagi.. tapi tak salahkan amalkan ayat-ayat dari alquran ni 1000 x kebaikan dan pahala kita dapat kalo kita rajin amalkan nya insyaallah.
...
Comments
Post a Comment
luv u comment