Skip to main content

TALI SKIPPING

ASSALAMUALAIKUM..


pernah tengok menda alah tu..pernah guna????komfem pernahkan lebih-lebih masa kecik-kecik dulu..tulah salah satu peberet permainan bagi anak-anak gadis....termasuk dalam senarai dah tentulah mummykan...menda alah tu namanya TALI SKIPPING...mood mummy skang memang berkobar nak kurus balikkan...di sebabkan tersangatlah malas nak jogging harini mummy amik kesempatan ber skipping dirumah seorang diri....

mula-mula buat memang penat..yelah badan dah gedempol...nak melompat berskipping bagai mana nak larat tapi demi kurus,slim mummy gagahkan juga...insyaallah lepasni akan buat setiap hari...fuhhh!!!jangan hangat2 tahi ayam yer mummy...yang tak bestnyakan mummy terlupa nak simpan tali skipping tu masa mr kamput balik keje..apa lagi masuk je rumah,mr kamput terpandanglah tali skipping mummy tu...bagai nak tercabut isi perut dia gelakkan mummy..uishh!!! sungguh tak bermaruah dia punye gelak..macamlah mummy ni badut yang tengah buat lawakkan....takper....sabar oky mummy!!!abaikan mr kamput dan gelak yang tak bermaruah ni...tunggu kalo 48 kg nanti komfem time tu mr kamput lah orang yang paling happy sebab tengok isteri dia dah cun melecun..wah!!!hebat angan-angan mummy....aisy pleaseee doakan mummy ye syg...oky kat sini mummy share kebaikan senaman menggunakan tali skiping yang mummy jumpe di blog-kesihatan melalui incik google...jom share ilmu bagi orang-orang yang tgh nak berdiet macam mummy ni ek...
.
.
.




Keperluan Asas Lompat Tali
 1.Tali Skipping
2. Pakaian dan Kasut Sukan Yang Selesa
3. Tempat Yang Sesuai

Permulaan Melompat Tali
-Untuk permulaan, ayunkan tali dan pusing tali di sisi anda. Jika anda sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusing telah mencecah lantai. Jangan melompat terlalu tinggi (˜30cm). Bagi menguatkan otot kaki, anda harus selalu melompat dengan menjengketkan kedua belah kaki dan melompat setempat
-Lakukan sehingga mahir. Jadikan ia menarik dengan mempelbagaikan cara lompatan, menambah muzik dan bermain dengan keluarga dan rakan-rakan.


Cara Lompat Tali Yang Betul dan BerkesanMemanaskan badan—Lakukan senaman ringan untuk memanaskan badan diikuti dengan regangan bagi melonggarkan otot-otot Panjang tali skipping—Pastikan sukatan tali skipping sesuai dengan ketinggian anda. Pegang kedua-dua belah hujung tali dan pastikan ia berada di bawah ketiak anda. Jika terlalu panjang simpulkan tali tersebut
Cara memegang tali skipping— rapatkan siku ke badan dengan tapak tangan terletak sedikit ke bawah pinggang lebih kurang 20-25cm dari badan

SUMBER YANG SANGAT BERGUNA DARI :
Laman Web Sihat Cergas Ceria



Membakar 1,000 Kalori Dengan Tali ‘Skipping’

Ketika anda bersekolah rendah dahulu mungkin anda sering meloncat menggunakan tali ‘skipping’ ataupun tali yang diperbuat daripada ‘getah gelang’. Ia merupakan satu permainan yang murah, mudah dan sungguh menyeronokkan.
Tahukan anda, aktiviti loncatan tadi jika dilakukan dengan betul dapat membantu membakar sehingga 1,000 Kalori dalam masa 1 jam. Aktiviti ini juga boleh dilakukan secara berseorangan dan di dalam rumah sahaja. Anda boleh membeli tali skipping tersebut dari kedai peralatan sukan dengan harga serendah RM5.00 sehinggalah beratus-ratus ringgit bagi tali yang berkualiti tinggi.
Walaupun begitu, jika anda tidak biasa melakukan aktiviti ini anda hanya mampu bertahan untuk melakukannya bagi tempoh 1~2 minit sahaja. Untuk itu, jangan memaksa diri anda untuk melakukannya secara berlebihan. Ditakuti, ia dapat memberi kesan lain kepada tubuh anda.
Buat permulaan ini, cukuplah jika anda mampu melakukanya buat beberapa minit sahaja. Anda boleh meningkatkan jangka masa tersebut dari masa ke semasa mengikut kemampuan anda. Apa yang penting anda seronok untuk melakukannya serta dapat dilakukan secara konsisten setiap hari.


SO,APA TUNGGU LAGI JOM BERSKIPPING BERAMAI-RAMAI.
sekian..

Comments

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..  Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!! BISMILLAH HIROHM...

TAK MAU roti john LAGI!!

ASSALAMUALAIKUM... makan apa harini....masak atau beli tersedia di kedai jer??mummy...em...still berada dalam mood 48 kg lagi...harini mummy berjaya control nafsu makan mummy ni..alhamdulilah....taikan tu bila tengahari smpai petangjer..naik ke malam sblm pkl 7...mummy dah bedal ROTI JOHN...lepas kekenyangan membedal roti john barulah rasa bersalah kat perut & terpikir nak tengok kandungan kalori yang ada dalam roti john....nak tau berapa????adesss!!!1 hidangan roti john=570 kalori & 27 gram lemak..mak aih tingginyalah!!!dahlah mummy hanya perlukan 1600 kalori jer utk 1 hari..yelah sebab terlalu rajin bersenamkan tulah padahnya..uwaaaaa....TAKNAK MAKAN ROTI JOHN  lagi..PUNAH DIET MUMMY HARINILAH...jom kira kalori makanan mummy harini ye.... sarapan:jusmate 5 sahaja lunch : salad+telur 1biji+ayam bakar sedikit(bahagian isi )+air kos0ng=110+102(212 kalori) dinner(sblm pkl 8 mlm)rotijohn+sate 3 cucuk+air kosong=(675 kalori) senaman:sit up 30x+skipping 30x(akan terus beru...

selamat hari lahir DAYYAN AHMAD..

ASSALAMUALAIKUM..... alhamdulilah,masih lagi mummy di beri peluang bernafas di bumi ciptaan allah swt ni...harini hari ke 2 mummy menjadi surirumah sepenuhmasa....cuma beza kalini dan harini tidak sepenuhnya dirumah...menghabiskan masa melayan anak teruna berenang di pusat akuatik di shahalam ni..dah lama tak membawa si bujang kesayangan mummy tu swimming kan....masa mr kamput yang sangat terhad,kadang-kadang weekend takde dirumah sibuk di tempat kerja dan ke kelas. harinijelah cuti yang mummy dan mr kamput sama-sama dirumah untuk melayan karenah aisy nur rayyan kesayangan mummy dan babah.... barulah mummy teringat yang harini 10 febuari hari ulangtahun Dayyan ahmad yang ke 5 tahun...alhamdulilah dah besar dayyan mummy tu yer..sekejapjer masa tu berlalu...dah makin bujang si Dayyan...rasanya barujer mummy jaga dayyan,dia masih baya-baya aisy sekarang ni....cepatnyalah setiap detik waktu tu berjalan.....ni bermakna juga usia mummy ni makin meningkat..dulu masa mummy jaga dayyan m...