Skip to main content

KIMCHI pertama MOMMY

Assalamualaikum
Harini mommy nak bagitau yang firts time mommy buat KIMCHI..selalu mommy beli je di eons big. 1 paket tu dapatlah makan sekali dalam rm9.. Makan plak dengan meggi.. Fuhhhh!!!! Sedakkk ya amat!!kebetulan jumpa kobis cina so,beli bahan-bahan untuk resepi kimchi.. Alhamdulilah menjadi... Rasa not bad... Bolehlah nak makan sendirikan.... Lepas ni try resepi yang ada letak. Tepung beras plak... Hehehe.... Resepi mommy amik di MR GOOGLe....thanks banyak2 tuan punya resepi.... Moga murah rezeki anda sekeluarga ye... Ok jom kita jenguk resepi kat bawah ni.. Selamat mencuba
Ok bye
2 ulas bawang putih tumbuk
1 cawan serbuk lada merah
2 sudu besar gula
1 sudu kecil halia tumbuk
2 sudu besar sos ikan
4 batang daun bawang
Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan
1 biji kobis panjang iris tipis
1/2 cawan garam halus
2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
Pilih kobis panjang, Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.
Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.
Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.
Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.
Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu, simpan dalam bekas.
kimchi korea ni boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimchi korea dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Karena kimchi korea ni tahan sehingga berbulan-bulan. Semoga Resepi kimchi korea asli paling mudah sedap dan halal ni bermanfaat.
KIMCHI PERTAMA MOMMY

Comments

  1. ROku is one of the most familiar services for know more about the Roku click the following link
    Roku.com/link

    ReplyDelete

Post a Comment

luv u comment

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..  Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!! BISMILLAH HIROHM...

orentasi tahun 1 2020

Alhamdulilah pagini ada majlis orentasi tahun 1 sesi 2020...kebetulan prasekolahpun ada orentasi harini..baby mommy kapten arryan tahun 2020ni dah darjah 1..mommy plak terlibat untuk orentasi prasekolah,arryan plak orentasi tahun 1...babah time ni pulak tiada cuti...mommy is pening...risau baby mommy ni meragam atau buathal...syukur sebab kawan baik arryan  faris dari umur 5 tahun 1 kelas dengan dia...mommy dah lega sebab ada yang boleh tengokkan arryan time mommy busy.. Kesian dia,semua parents ada datang...diaje yg kena.uruskan diri sendiri..mommy sempatlah jenguk kejap sebelum prasekolah punya orentasi berlangsung..alhamdulilah adik behave boleh buat kerja.yang disuruh cikgu.....besardah baby mommy...dulu zaman mommy sekolah selalu di sebut-sebut tahun 2020 nanti ada kereta terbang,malaysia jadi negara yang sangat maju..tapi rasanya tiada pun kereta terbang,maju???memang malaysia maju tapi rakyatnya ramai yang susah.terutama yang duduk bandar macam kami s...

balik kampung raub

Lagi beberapa hari 2019 nak.labuhkan tirainya.2 kapten soleh mommy tahun 2020 keduanya dah sekolah rendah.kapten aisy nur rayyan darjah 3 dan kapten arryan nur rafael darjah 1.keduanya bersekolah dengan mommy senang mommy nak pantau terutama abang aisy...agak lemah dalam pelajaran tapi mommy percaya 1 hari nanti abang aisy akan.jadi anak mommy yang banggakan mommy dan babah..aaminn ya robbal alamin...semoga allah swt perdengarkan.segala doa mommy untuk kedua kapten soleh mommy. Baru baruni aisy arryan balik ke.kampung tok abah dan tok mak..dapatlah 3 hari dikampung sedut udara segar dan hilangkan tension stress di bandarni..seronok.2.kapten sebab dapat berkubang dalam parit cari ikan laga.tempat mommy dan,adik adik mommy dulu bermain dalam parit tu lah.hehee..jangan risau airnya bersih dan takde lintah hehee..kononnya nak cari ikan.laga tapi main airnya lebih....babah plak cari ikan patin dengan papa iqbal dalam kolam.tok abah...aisy,arryan kesya berendam dalam....