Skip to main content

NASI tomato in da house!!

ASSALAMUALAIKUM..

letih bebenor rasanya harini,dari pukul 6 pagi bangun tido baru ni bleh ddk rehatkan badan...kerja tak abis-abis kat rumahni....rumah kecikjer tapi macam-macam menda nak kena buat..nipun anak teruna tengah lena tidur dengan mr kamput dapatlah mummy jenguk-jenguk mukabuku dan layan blog mummy ni.... alhamdulilah settle semua kerja,masak lunch untuk kedua2 superhero pun dah settle....moga allah swt memberi kesihatan yang terbaik untuk mummy supaya mummy dapat menjalankan tanggungjawab mulia seorang ibu dan isteri kepada 2superhero mummy tu..amin...

harini luch mummy buatkan kami 1 family nasi tomato....untuk mummy dan babah ayam masak merah makan dengan sayur bayam tumis....nak buat acar mummy dan babah bukanlah penggemar acar timun yang selalu makan dengan nasi tomato tu....lunch aisy nur rayyan sama jugak nasi tomato cuma mummy buatkan aisy ayam masak tomato dengan sup sayur...sebab semalam aisy poopoo agak keras tu yang mummy buatkan aisy hrni ader sup sayur....

resepi mummy dapat dari kawan mummy di sek setia alam...slalu mummy buat nasi tomato guna susu cair....agak muak rasanya..iyelah dengan butter lagi ader plak susu kan mana tak mual dibuatnya...tapi kalini mummy buat versi kak anis kawan mummy tu..takde susu tumis macam biasa...tapi mummy derhakakan sedikit resepi mummy buat kukus...alhamdulilah rasanya lembut,gebu gitu...serius tak tipu....tak caya try buat oky....

BAHAN-BAHAN NASI TOMATO

BERAS
REMPAH 4 SEKAWAN
BAWANG BESAR DIHIRIS
BAWANG PUTIH DIHIRIS
DAUN PANDAN
TOMATO(DIHIRIS HALUS)
BUTTER @MARJERIN UNTUK MENUMIS
TOMATO PUREE 5 SUDU
KISMIS(MUMMY TAMBAH)



CARA MASAK

TUMIS BUTTER DALAM PERIUK,TUMIS REMPAH 4 SEKAWAN,MASUKKAN BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH BIAR SMPAI WANGI.

 MASUKKAN TOMATO PUREE,DAUN PANDAN,TOMATO DIHIRIS DAN BERAS...KACAU SEBATI...

MASUKKAN AIR,MASAK MACAM MASAK NASI BIASA...

BILA NASI DAH SEPARUH MASAK,KACAU SEBATI MASUKKAN KISMIS DAN TUKAR KEDALAM PENGUKUS...KUKUS SAMPAI NASI MASAK DAN LEMBUT.


untuk ayam masak merah mummy try buat resepi kat blog CAHAYA CINTAKU...MINTAK izin yer tuan tanah copy paste kat blog kusam saya ni....sambil buat muka comel kelip-kelip mata mintak izin...hehee

RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan2 yg di perlukan :
~ seekor ayam
~ sila potong ayam ikut citarasa yg korang nak.. basuh, lumur garam + kunyit dan goreng separuh masak.. ketepikan..

Bahan2 kisar ( kisar halus ):
~ 4 biji bawang besar
~ 5 biji bawang merah
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia

Bahan Kisar lain :
~ 15 atau 20 tangkai cili kering.. di gunting, buang sikit bijinya.. rebus sebentar.. baru kisar..

Bahan2 di hiris :
~ 3 biji bawang besar ( lagi sedap bwg holland)
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 cm halia ( aku hiris jd 3 bahagian)

Bahan tambahan :
~ 2 kuntum bunga lawang
~ seketul kayu manis
~ 2 sudu besar sos cili
~ 60 ml santan ( aku guna santan kotak je)
~ 250 ml air ( lebihkan sikit pun takpe)
~ 3 biji tomato yg di potong 4 bahagian
~ garam secukup rasa
~minyak utk menumis


Cara2MemasaK :
Panaskan minyak dalam kuali.. tumis bahan hirisan sampai layu.. layu ye bkn hangit..!
 Kemudian masukkan bahan kisar.. gaul rata.
.
Lepas tu masukkan cili kering yg di kisar.. masukkan jugak sos cili.. tumis sampai pecah minyak..
Bila dah pecah minyak sila masukkan ayam yg di goreng td.. gaul rata.. biarkan seketika..
 
Kemudian masukkan air.. ikut la banyak mana kuah yg korang nak kan..
Lepas tu masukkan santan..

Santan ni nak kasi kuah tu pekat.. kalau korang taruk lebih air, lebihkan jugak santan agar kuah tu tak terlampau cair.. dan make sure tak terlalu pekat sangat.. pandai2 ejas ye di situ..
 
Masukkan tomato.. garam.. gaul rata dan biar sampai pecah minyak lg.. agak2 tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik sikit leh la tutup api..
 
 
Untuk aisy mummy gunakan tomato puree yg homemade tp tak berapa merahlah....alhamdulilah anakteruna ngan mr kamput kekenyangan selepas membedal nasi tomato....siap tido lena kekeyangan lagi..selamat menjamu selera semua..jemput makan yer!!

Comments

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM
Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..
 Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!!



BISMILLAH HIROHMANIROH HIM....




&quo…

jumlah kalori dalam makanan

ASSALAMUALAIKUM....
HARini mummmy nak share jumlah kalori yang terdapat didalam makanan harian kat malaysiani..makanan yang sokmo-sokmo kita nampak dan makan...disebabkan mummy berada dalam mode 48 kg minngu ni,banyak ilmu tentang pemakanan yang seimbang dan sihat mummy dok baca dan geoogle kat intenet...jumlah 2,3 blog yang menarik perhatian mummy..darkbatman.com & sususejat .com..banyak ilmu pemakanan ada kat sini tau....jom harini kita kira jumlah kalori yang kita amik harini....

Kategori:Kuih Muih 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepoton…

KELEBIHAN DOA NABI YUNUS

ASSALAMUALAIKUM.

harini mommy nak share doa NABI YUNUS yang mommy amalkan bersama-sama dua hero kesayangan mommy AISY & RAFAEL. mula -mula mommy amalkan masa mengandungkan abang Aisy,setiap hari baca untuk allah permudahkan urusan melahiran abang aisy.sampailah dalam bilik bersalin pun mommy amalkan..lepas abang aisy selamat dilahirkan dah jadi terbiasa pulak baca doa ni setiap hari lepas solat.sekarang alhamdulilah dah jadi rutin harian dan mommy amalkan bersama-sama anak soleh mommy aisy & rafael.

setiap kali nak keluar dalam kereta mommy akan bacakan juga untuk anak-anak soleh mommy..semoga allah permudahkan urusan mommy,babah sewaktu ditempat bekerja dan allah swt permudahkan urusan abang aisy & rafael di sekolah.

okies mari kita baca kelebihan doa nabi yunus ini ye!!

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, s…