Skip to main content

puding roti lapis agar-agar kiwi..

ASSALAMUALAIKUM...

mata belum nak lelap lagi...mood kerajinan tu sangatlah tinggi nak upload gambar,story mory kat blog harini....kalo datang penyakit malasnya mummyni langsunglah tak boleh nak dikawal dan amatlah susah nak dipulihkan....jadi bila mood rajin tu datang layankanjelahkan....walaupun rasanya takda yang sudi jenguk,baca blog kusam mummy ni..tak apa...mummy menulis,meluah dan becerita tentang sesuatu yang berlaku di dalam hidup mummy untuk kenangan disuatu masa nanti..lebih-lebih lagi untuk catatan memori terindah membesarkan aisy nur rayyan....aisy baca yer blog mummy ni nanti...semua pasal aisy ade kat sini tau..hehehe...

disebabkan besok mummy dah start kerja jadi mood nak memasak untuk kami 1 family berkobar-kobarlah sikit...takde best manapun cuma untuk bekalan aisy dirumah bs besok agak banyak sikit..semua bahan dah siap mummy sediakan tinggal nak masak pukul 5 pagi mcm biasajer..siap dengan dessert lagi....cuma dessert mummy dah siapkan iyelah nak sejukkan dalam peti aiskan so,buatlah malamni...wah!!!rajin bebenor mummy aisy harini ye....bertuah aisy besok ek....mummy buatkan aisy dessert puding roti yang mummy lapiskan dengan agar-agar kiwi....aisy ni bukan penggemar jelly atau agar-agar,jadi nak bagi dia makan agar-agar tu mummy try lapiskan dengan puding roti diatasnya...alhamdulilah tadi lepas sejukkan try bagi aisy makan licin 1 mangkuk...siap joget-joget tu tandanya aisy suka dan sedap tau..hehehe..

ni resepi puding roti lapis agar-agar kiwi untuk dessert aisy besok..

bahan agar-agar kiwi


1 peket agar-agar serbuk
1 liter air

madu sikit
2 biji kiwi ~ di kisar
sedikit pewarna hijau









cara-cara masak


Sediakan acuan yang disukai
Basahkan acuan dengan air
Masak agar-agar dengan air,  
susu  Masak sebentar hingga didih
masukkan kiwi yang telah dikisar...

Tuangkan  adunan kiwi dulu di dalam acuan
Biarkan keras sedikit dlm peti sejuk untuk lapiskan dengan bahan roti..







bahan-bahan puding roti



Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
  fesh milk(375 mL)
2 biji telur( mummy tak letakpun)
1 sudu kecil esen vanilla (tak letakpun)
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1.        Masukkan freshmilk dan kacau adunan hingga sekata.
2.       Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.       Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. tuang atas bahan puding kiwi tadi..
4.       Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan



MAAP GAMBAR TAK JELAS...KAMERA HANDPHONE MUMMY CANGGIH SANGAT..HEHEHE
kalo nak tambah gulapun boleh...untuk aisy takde gula..lagipun kismis,kiwi,susu segar tu dah manis tambah plak ngan manis....anak teruna mummy ni aktif makan manis kang tak terdaya plak nenek bs aisy nak jaga hehehe....

Comments

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..  Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!! BISMILLAH HIROHM...

orentasi tahun 1 2020

Alhamdulilah pagini ada majlis orentasi tahun 1 sesi 2020...kebetulan prasekolahpun ada orentasi harini..baby mommy kapten arryan tahun 2020ni dah darjah 1..mommy plak terlibat untuk orentasi prasekolah,arryan plak orentasi tahun 1...babah time ni pulak tiada cuti...mommy is pening...risau baby mommy ni meragam atau buathal...syukur sebab kawan baik arryan  faris dari umur 5 tahun 1 kelas dengan dia...mommy dah lega sebab ada yang boleh tengokkan arryan time mommy busy.. Kesian dia,semua parents ada datang...diaje yg kena.uruskan diri sendiri..mommy sempatlah jenguk kejap sebelum prasekolah punya orentasi berlangsung..alhamdulilah adik behave boleh buat kerja.yang disuruh cikgu.....besardah baby mommy...dulu zaman mommy sekolah selalu di sebut-sebut tahun 2020 nanti ada kereta terbang,malaysia jadi negara yang sangat maju..tapi rasanya tiada pun kereta terbang,maju???memang malaysia maju tapi rakyatnya ramai yang susah.terutama yang duduk bandar macam kami s...

aL kuliyyah=doa mohon di kurniakan zuriat dan dikurniakan anak soleh solehah.

Alhamdulilah hampir ke penghujung dah tahun 2019 ni..harini mommy nak share pelbagai doa yang mommy dapat semasa menonton rancangan al kuliyyah di tv3....salah satunya doa untuk dikurniakan zuriat..menurut ustaz elyas ismail bukan setakat dikurniakan zuriat apabila amalkan doa ini tapi mendapat zuriat yang soleh solehah,berguna cemerlang dunia akhirat..doa ini di ajar oleh nabi ibrahim...amat pendek ayatnya ialah  Dari surah As safFat ayat 100...ayatni juga boleh digunakan untuk mendoakan anak supaya menjadi anak yang soleh dunia akhirat. alhamdulilah mommy dah jadikan amalan harian mommy untuk doa ke dua kapten soleh mommy.semoga doa mommy untuk kebaikan kedua dua anak soleh mommy aisy dan arryan allah swt perkenankan....aaminn...