Skip to main content

PANDUAN MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W


ASSALAMUALAIKUM....
 
Mata mummy belom nak lelap lagi walaupun jam dah pukul 1.30 pagi...aisy...dah lama lena selepas menumpahkan 1 rumah dengan nasi dan air yang konon-konon hendak dimakan serta diminumnya....mr kamput lepas selesai main badminton hanya minum segelas air penghilang dahaga,terus melekap didepan tv melayan bola live pasukan peberetnya MANCHESTER UNITED menetang EVERTON....suami..suami....peluh masih penuh dibadan lgsg tak dipedulinya gara-gara BOLA....uishhh!!!aisy jangan ikut perangai babah yer sayang..hehehhe
 
entahlah tetibajer malamni mummy terpanggil untuk baca dan lihat cara rasulullah S.A.W mendidik anak...mummyni bukanlah seorang ibu yang sempurna apalagi penuh dengan sikap serta sifat sabar yang tinggi...jujur mummy akui,dengan perangai aisy  yang makin lasak....kadang-kadang sifat sabar mummy tu hilang....jika nakdibandingkan mrkamput denganmummy....mrkamput lebih tinggi nilai dan tahap kesabarannya dari mummy...mungkinsebabtu aisy lebih rapat dengan babahnya dari mummy sendiri...
 
insyallah lepasdah baca cara rasulullah s.a.w mendidik anakdan cara mendidik anak mengikut islam mummy akan cuba akan praktifkan dalam mendidik aisy nur rayyan,....moga tahap kesabaran mummyni lebih tinggi dari sebelumnya....tetiba plak mood emosi bilatengok wajah aisy yg sedang lenatidur.....kesian,selalu kenamarah,jerit n sekali skala kena pkl ditapak kaki dengan mummy....maap ye sayang!!!...mummy nak aisy jadi anak yg soleh dunia akhirat...insyaallah lepasni mummy akan jadi mummy yang terbaik untuk aisy....amin...

kat sini mummy share ilmu yg sangat berguna mummy dapat harini,untuk peringatan diri mummy dan mrkamput dalam mendidik aisy menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat amin..


 

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

CARA RASULULLAH S.A.W MENDIDIK ANAK
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ANAK BERTUAH MUMMY....KESIANNYA BILATENGOK  WAJAH AISY TIDO  

Comments

  1. Btul dh tu...kekdg ksbaran hilang..syaitan n nafsu mrh sntsa mengelilingi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya....lebih anak cemerlang zaman sekarangni..mencabar sungguh

      Delete
  2. masa sekarang kurang kesedaran dikalangan ibu bapa didik anak cara islam

    ReplyDelete

Post a Comment

luv u comment

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..  Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!! BISMILLAH HIROHM

TAK MAU roti john LAGI!!

ASSALAMUALAIKUM... makan apa harini....masak atau beli tersedia di kedai jer??mummy...em...still berada dalam mood 48 kg lagi...harini mummy berjaya control nafsu makan mummy ni..alhamdulilah....taikan tu bila tengahari smpai petangjer..naik ke malam sblm pkl 7...mummy dah bedal ROTI JOHN...lepas kekenyangan membedal roti john barulah rasa bersalah kat perut & terpikir nak tengok kandungan kalori yang ada dalam roti john....nak tau berapa????adesss!!!1 hidangan roti john=570 kalori & 27 gram lemak..mak aih tingginyalah!!!dahlah mummy hanya perlukan 1600 kalori jer utk 1 hari..yelah sebab terlalu rajin bersenamkan tulah padahnya..uwaaaaa....TAKNAK MAKAN ROTI JOHN  lagi..PUNAH DIET MUMMY HARINILAH...jom kira kalori makanan mummy harini ye.... sarapan:jusmate 5 sahaja lunch : salad+telur 1biji+ayam bakar sedikit(bahagian isi )+air kos0ng=110+102(212 kalori) dinner(sblm pkl 8 mlm)rotijohn+sate 3 cucuk+air kosong=(675 kalori) senaman:sit up 30x+skipping 30x(akan terus berusaha

jumlah kalori dalam makanan

ASSALAMUALAIKUM.... HARini mummmy nak share jumlah kalori yang terdapat didalam makanan harian kat malaysiani..makanan yang sokmo-sokmo kita nampak dan makan...disebabkan mummy berada dalam mode 48 kg minngu ni,banyak ilmu tentang pemakanan yang seimbang dan sihat mummy dok baca dan geoogle kat intenet...jumlah 2,3 blog yang menarik perhatian mummy..darkbatman.com & sususejat .com..banyak ilmu pemakanan ada kat sini tau....jom harini kita kira jumlah kalori yang kita amik harini.... Kategori:Kuih Muih 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis