ASSALAMUALAIKUM....
alhamdullilah dah berada di kedua minggu terakhir febuari...dah nak msuk bulan mac dah tak lama lagi..cepatyer skang waktu tu berlalu pergi...secepatnya badan mummy ni naik...bilalah nak slim sikit..nak merasa 48 kg balik tak taulah bila nak dapat...risau bila badan,perut ,peha makn membesar tapi kalo nampak makanan tak ada pulak nak risau kalo makan dengan banyakkan...still membedal nasi,makanan yang berlemak tanpa segan silu yang badan tu dah gedempol....mummy,mummy....nak jadi macam big show ker baru nak stop makan???bila lah agaknya nak blaja diet ni ek??
aisy dah lama terlena lepas mummy bagi makan ubat selsema dengan paksa..susah betul nak mamam ubat abak teruna seorang ni..perangai sapalah yang aisy ikut yer..keh..keh..keh....makan ubat dah macam nak melawan musuh lakunya..kena bersilat bagai...aduyai anak kesayangan....kenapalah ikut bab susuh makan ubat tu dr mummy aisy ikut babah yang sangat senang nak makan ubat siap boleh tanpa air dan isap ubat yang pahit tu lagi....uishh!!kan dah kantoi mummy punya perangai buruk yang anti ubat...syh!!!!!diam-diam yer jangan bagitau sapa-sapa..malu mummy aisy nanti.hahahha
malam ni tengah dok belek-belek incik google mummy terbacalah 1 blog yang bercerita dan memberikan 1 info yang sangat melegakan hati mummy...TIPS ANAK CEPAT BERCAKAP...mummy rasa sedikit lega lepas baca maklumat-maklumat yang ditulis kat blog tu berkaitan dengan anak yang lambat bercakap...sedia maklumkan aisy nur rayyan ni dah 1 tahun 7 bulan lom pandai bercakap tapi sangat-sangat clever orangnya..apa yang disuruh,dicakap oleh mummy dan babah aisy akan buat serta lakukan.alhamdulilah,memang aisy sangat clever orangnya...tapi sebagai seorang ibu mummy memang jadi takut,stress bila memikirkan aisy tak bercakap lagi..lagi pulak aisy ni anak sulung mummy...makin risau dibuatnya...tapi kalo diiuktkan keturunan mummy..adik-adik sepupu lelaki mummy kebanyakkannya lambat bercakap..malah pakcik aisy yg dah umur 3 tahun pun masih belom jelas pertuturannya....mungkin ni salah satu jugak yang menyebabkan aisy lambat bercakap kot..faktor keturunan hehehhhe..mummy mintak izin dr tuannya blog nak sharekan tips tu kat blog kusam mummy ni yer..oh ya !!mummy baca maklumat yang sangat bagus ni di blog ZAKUANHASSAN'S BLOG..try google dan follow blog ni tau..eceh..eceh.....siap promosi lagi yer mummy!!hehhe
Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:
“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”
“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”
Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.
Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.
“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.
penulis ni ada jugak share bgtau sapu madu dilelangit nak untuk cepat bercakap...mummy tau petua ni sebab tokmak aisy pernah bagitau cuma madu asli dirumah memang takde..haritu mummy buatkan untuk aisy hanya madu yang jual dipasar raya tujer..hehehe...lega sedikit rasa hati mummy ni..mulai malam ni mummy taknak dah paksa-paksa aisy bercakap...em..mungkin aisy stress agaknya bila asyik dipaksa becakap...maap yer sayang!! maapkan mummy yang sempit pemikiran ni...mummy sangat bangga punya anak bernama aisy nur rayyan tau!!..love u my lovely baby...
![]() |
budak yang suka sangat berlari |
Salam..nice entry..memang btol..budak2 yg lmbt ckp ni xdelah x bijak ke apa..malah diorang ni fasa tgh absorb semua bende sekeliling diorang..sekali dh mula bercakap nanti..tgklah..jenuh nak melayan heheh
ReplyDeleteNway..nice entry
Jwmput ke blogg adaa juge ye
Www.adaa-inspiration.com
Tq
iya betul tu....budak2 tu sebenarnya anak yang bijak
Delete