JellyPages.com

Sunday, December 18, 2011

NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL

salam hari minggu sekalian...masak aper harini?harini memang aktiviti mummy celik je mata dari tidor terus ke dapur untuk masak..semua adik beradik mummy berkumpul dirumah harini..bukan senang kami nak berkumpul ramai2 di shahalam ni....disebabkan ada TOK MAK aisylah,so ramai-ramai ddk berkumpul dirumah..disebabkan dah ramai-ramai di rumah harini mummy masak special sikit...NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL+BREAD APPLE PUDING DGN TOPPING KASTAD N COKLAT+ dan PUDING ROTI PELANGI NATA DE COCO..(buat sbb mama yanie aisy tak leh mkn telur)jom jenguk dapur mummy harini ye!!!sedap....lebih2 selera makan ramaikan..yang tak syok nya sian tok abah aisy tak dapat join...yelah tok abah jadi bujangan di kampung...jom layann..
.
.
.
.
.
.
.
.
..

..


.( nasi keju mummy amik resipi  kat blog yang mummy amat kagum hasil air tangan nya MASAM MANIS mintak izin c&P ye kak ita)


NASI KEJU
600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam 
Rempah tumis 4 sekawan
*mummy gantikan rempah 4 sekawan dgn rempah sup bunjut,bukak ikatan sup bunjut tu dan tumis bahan2 dalam sup tu..


CARA MASAKCairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam

*mmg terbaek..insyaallah akan jadi menu wajib hari raya tahun depan.



AYAM MASAK HIJAU
1 EKOR ayam
bawang besar*
bawang putih*
halia*
cili padi hijau*
cili besar hijau*
santan
serai
gula
garam.
kulit kayu manis
bunga lawang & cengkih
ASAM KEPING

BAHAN BERTANDA * DI BLEND


CARA MASAK
  1. PANASKAN MINYAK,TUMIS KULIT KAYU MANIS,CENGKIH & BUNGA LAWANG SAMPAI NAIK BAU
  2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR DAN KACAU SEBATI..BIAR SMPAI NAIK BAU
  3. MASUKKAN AYAM DAN KACAU..BIAR AIR AYAM KELUAR SENDIRI
  4. DAH SEPARUH KERING MASUKKAN SANTAN,GULA,GARAM DAN SERAI..KACAU SEBATI..MASUKKAN ASAM KEPING BIAR SMPAI KERING SEDIKIT SEBELUM DI ANGKAT..


SAMBAL TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN



Telur puyuh yang siap direbus dan goreng seketika
3 labu bawang besar
150 gm ikan bilis siap dikopek(rendam seketika)
1 labu bawang besar dihiris
100 gm cili kering kisar
2 keping asam keping
Belacan sebesar ibu jari
Minyak untuk menumis
Garam
Gula(cikmin guna brown sugar)
Perasa
Cara-caranya:

  1. Blender kesemua bawang besar bersama ikan bilis,jangan terlalu hancur
  2. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan yang di blender tadi,sehingga naik baunya
  3. Masukkan cili kering kisar tadi,masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan asam keping dan sedikit air yang telah dicampurkan belacan
  5. Masukkan garam,gula dan perasa secukup rasa
  6. Masukkan hirisan bawang tadi,biar sehingga bawang layu
  7. Akhir sekali masukkan telur puyuh,kacau biar mesra,siap untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

luv u comment