Skip to main content

puding marble..

ASSALAMUALaIKUM...


harini masih mood buat puding lagi...tapi berlainan sikit sebab ni mummy yang teringin lama nak buat..baru hr ni berkesempatan..puding marble..sedap..sejuk je bila makan lalu kat tekak..mmg sesuailah bagi org yang sakit tekak kalo makankan...sedap rasa lemak-lemak gitu,bagi pencinta coklat yang crazy mcm mummy memang akan rasa satu kenikmatan kalo makan puding ni..apa lagi jom kita tengok puding marble mummy ni..
.
.
.
.
.
.
..
.
puding yang belum di potong
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang ni versi dah bersedia utk dimamam..




BAHAN-BAHAN

  • 2 gelas air
  • 4 KEPING ROTI GARDENIA
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)(kite guna 12gm)
  • 2 gelas susu segar @SUSU CAIR)
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin @ BUTTER
  • 1 sudu besar serbuk koko (bancuh ngan sedikit air suam)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla




CARA-CARA MASAK
  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. sementara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. koyakkan kecil roti.Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau.masukkan roti yang dikoyak kecik tadi. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. 

Comments

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..  Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!! BISMILLAH HIROHM...

orentasi tahun 1 2020

Alhamdulilah pagini ada majlis orentasi tahun 1 sesi 2020...kebetulan prasekolahpun ada orentasi harini..baby mommy kapten arryan tahun 2020ni dah darjah 1..mommy plak terlibat untuk orentasi prasekolah,arryan plak orentasi tahun 1...babah time ni pulak tiada cuti...mommy is pening...risau baby mommy ni meragam atau buathal...syukur sebab kawan baik arryan  faris dari umur 5 tahun 1 kelas dengan dia...mommy dah lega sebab ada yang boleh tengokkan arryan time mommy busy.. Kesian dia,semua parents ada datang...diaje yg kena.uruskan diri sendiri..mommy sempatlah jenguk kejap sebelum prasekolah punya orentasi berlangsung..alhamdulilah adik behave boleh buat kerja.yang disuruh cikgu.....besardah baby mommy...dulu zaman mommy sekolah selalu di sebut-sebut tahun 2020 nanti ada kereta terbang,malaysia jadi negara yang sangat maju..tapi rasanya tiada pun kereta terbang,maju???memang malaysia maju tapi rakyatnya ramai yang susah.terutama yang duduk bandar macam kami s...

aL kuliyyah=doa mohon di kurniakan zuriat dan dikurniakan anak soleh solehah.

Alhamdulilah hampir ke penghujung dah tahun 2019 ni..harini mommy nak share pelbagai doa yang mommy dapat semasa menonton rancangan al kuliyyah di tv3....salah satunya doa untuk dikurniakan zuriat..menurut ustaz elyas ismail bukan setakat dikurniakan zuriat apabila amalkan doa ini tapi mendapat zuriat yang soleh solehah,berguna cemerlang dunia akhirat..doa ini di ajar oleh nabi ibrahim...amat pendek ayatnya ialah  Dari surah As safFat ayat 100...ayatni juga boleh digunakan untuk mendoakan anak supaya menjadi anak yang soleh dunia akhirat. alhamdulilah mommy dah jadikan amalan harian mommy untuk doa ke dua kapten soleh mommy.semoga doa mommy untuk kebaikan kedua dua anak soleh mommy aisy dan arryan allah swt perkenankan....aaminn...