Skip to main content

NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL

salam hari minggu sekalian...masak aper harini?harini memang aktiviti mummy celik je mata dari tidor terus ke dapur untuk masak..semua adik beradik mummy berkumpul dirumah harini..bukan senang kami nak berkumpul ramai2 di shahalam ni....disebabkan ada TOK MAK aisylah,so ramai-ramai ddk berkumpul dirumah..disebabkan dah ramai-ramai di rumah harini mummy masak special sikit...NASI KEJU+AYAM MASAK HIJAU+TELUR PUYUH SAMBAL+BREAD APPLE PUDING DGN TOPPING KASTAD N COKLAT+ dan PUDING ROTI PELANGI NATA DE COCO..(buat sbb mama yanie aisy tak leh mkn telur)jom jenguk dapur mummy harini ye!!!sedap....lebih2 selera makan ramaikan..yang tak syok nya sian tok abah aisy tak dapat join...yelah tok abah jadi bujangan di kampung...jom layann..
.
.
.
.
.
.
.
.
..

..


.( nasi keju mummy amik resipi  kat blog yang mummy amat kagum hasil air tangan nya MASAM MANIS mintak izin c&P ye kak ita)


NASI KEJU
600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam 
Rempah tumis 4 sekawan
*mummy gantikan rempah 4 sekawan dgn rempah sup bunjut,bukak ikatan sup bunjut tu dan tumis bahan2 dalam sup tu..


CARA MASAKCairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam

*mmg terbaek..insyaallah akan jadi menu wajib hari raya tahun depan.



AYAM MASAK HIJAU
1 EKOR ayam
bawang besar*
bawang putih*
halia*
cili padi hijau*
cili besar hijau*
santan
serai
gula
garam.
kulit kayu manis
bunga lawang & cengkih
ASAM KEPING

BAHAN BERTANDA * DI BLEND


CARA MASAK
  1. PANASKAN MINYAK,TUMIS KULIT KAYU MANIS,CENGKIH & BUNGA LAWANG SAMPAI NAIK BAU
  2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN KISAR DAN KACAU SEBATI..BIAR SMPAI NAIK BAU
  3. MASUKKAN AYAM DAN KACAU..BIAR AIR AYAM KELUAR SENDIRI
  4. DAH SEPARUH KERING MASUKKAN SANTAN,GULA,GARAM DAN SERAI..KACAU SEBATI..MASUKKAN ASAM KEPING BIAR SMPAI KERING SEDIKIT SEBELUM DI ANGKAT..


SAMBAL TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN



Telur puyuh yang siap direbus dan goreng seketika
3 labu bawang besar
150 gm ikan bilis siap dikopek(rendam seketika)
1 labu bawang besar dihiris
100 gm cili kering kisar
2 keping asam keping
Belacan sebesar ibu jari
Minyak untuk menumis
Garam
Gula(cikmin guna brown sugar)
Perasa
Cara-caranya:

  1. Blender kesemua bawang besar bersama ikan bilis,jangan terlalu hancur
  2. Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan yang di blender tadi,sehingga naik baunya
  3. Masukkan cili kering kisar tadi,masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan asam keping dan sedikit air yang telah dicampurkan belacan
  5. Masukkan garam,gula dan perasa secukup rasa
  6. Masukkan hirisan bawang tadi,biar sehingga bawang layu
  7. Akhir sekali masukkan telur puyuh,kacau biar mesra,siap untuk dihidangkan.



Comments

Popular posts from this blog

kelebihan surah yassin ayat 9.

ASSALAMUALAIKUM
Hari ni mommy nak share surah yang mommy selalu bacakan untuk hero-hero mommy sebelum tido dan semasa berada didalam kereta.Memang mommy akan bacakan semenjak Aisy baby lagi dan sampailah sekarang Aisy dah nak masuk 5 tahun usianya masih mommy amalkan untuk anak-anak mommy.Kadang-kadang Aisy tolong ingatkan"mommy,belum baca doalah"....almaklumlah faktor usia yang dah makin meningkat so,penyakit lupa tu selalu je datang melekat di dalam diri mommy ni kan...ok dekat bawah ni mommy kongsikan ayat-ayat pendek yang mommy baca untuk anak-anak syurga mommy Aisy dan Arryan manalah tau ada yang tak tau kebaikan nya boleh di amalkan selepas inikan..
 Sebelum tido mommy akan bacakan ayat kursi,surah al fatehah,doa tidur dan ayat dari surah yassin ayat 9 untuk aisy dan arryan. Bila berada didalam kereta selain ayat kursi dan doa naik kenderaan mommy juga akan bacakan ayat 9 dari surah yassin ini...mari kita tengok kebaikan ayat ini ye!!



BISMILLAH HIROHMANIROH HIM....




&quo…

sup tepung aka pan mee!!

assalamualaikum...
sebenarnya dah lama sangat mummy terliur nak makan sup tepung aka pan mee!!first makan masa zaman sekolah 14 tahun dulu..masa tu kawan mummy yang memang teror buat sup tepung ni yang buat!!!kawan mummy ni mix cina mak dia cina so mmg sup tepung ni makanan harian family dialah...masatu zaman ddk asrama,balik cuti sek bulan 12 ingatkan nak tunjuk teror kat mak abah dan adik2 mummylah pandai masak sup tepung hampehhh langsung tak jadi hahahahha...spoil mood betul!!!siap kena gelak dgn 1 family lagi tau!!lepas tu terus insaf nak try masak..sampailah terjumpa ah cheng laksa kat giant!!start makan balik pan mee...tp takdelah setiap hari dok bedal jarang2 bila terasa nak makan je...last2 entah mcmne dok sibuk berwhatsapp bagai kat group sekolah terceritalah pasal sup tepung ni!!mintak resepi, try buat bagi adik2 mummy , mrkamput, aisy dan arryan makan dan resultnya alhamdulilah positif bab kata aisy emmm ,dapp!!! hahaha..dengan bangganya mummy share resepi kat sini yer sang…

tips anak cepat bercakap..

ASSALAMUALAIKUM.... alhamdullilah dah berada di kedua minggu terakhir febuari...dah nak msuk bulan mac dah tak lama lagi..cepatyer skang waktu tu berlalu pergi...secepatnya badan mummy ni naik...bilalah nak slim sikit..nak merasa 48 kg balik tak taulah bila nak dapat...risau bila badan,perut ,peha makn membesar tapi kalo nampak makanan tak ada pulak nak risau kalo makan dengan banyakkan...still membedal nasi,makanan yang berlemak tanpa segan silu yang badan tu dah gedempol....mummy,mummy....nak jadi macam big show ker baru nak stop makan???bila lah agaknya nak blaja diet ni ek?? aisy dah lama terlena lepas mummy bagi makan ubat selsema dengan paksa..susah betul nak mamam ubat abak teruna seorang ni..perangai sapalah yang aisy ikut yer..keh..keh..keh....makan ubat dah macam nak melawan musuh lakunya..kena bersilat bagai...aduyai anak kesayangan....kenapalah ikut bab susuh makan ubat tu dr mummy aisy ikut babah yang sangat senang nak makan ubat siap boleh tanpa air dan isap ubat yang pahi…